Insan & Komuniti 11 Mar, 2020

MENTERI KESIHATAN BRITAIN DIJANGKITI COVID-19

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

WABAK penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 masih mengganas ketika lebih 4,000 sudah dilaporkan mati terutama di China. Jumlah keseluruhan kes mencecah 120,000, kebanyakannya juga di China. Ramai penduduk negara-negara lain juga sudah dijangkiti yang turut mencatatkan kematian. : KitaReporters.com

MENTERI Kesihatan Britain, Nadine Dorries, turut menjadi mangsa COVID-19. - Kredit foto: BBC News


Pihak Kementerian Kesihatan di seluruh dunia sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai penularan wabak, tersebut di samping mengingatkan rakyat mengambil langkah-langkah perlu mengekang penularannya.

Namun benarlah wabak ini tidak mengenal mangsa. 

Mangsa kali ini ialah Menteri Kesihatan Britain, Nadine Dorries, 62, yang sepatutnya menjadi orang barisan hadapan memantau kesihatan rakyat serta mengekang penularan wabak COVID-19. Tetapi dia pula menjadi mangsa.

Memetik laporan BBC News, Dorries mengesahkan dia dikesan positif COVID-19 pada Khamis, 5 Mac 2020.  

Sebaik sahaja mengetahuinya dia telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kini mengkuarantin diri di rumah.

LANGKAH PECEGAHAN... Pengguna tren di Britain memakai topeng untuk mengelak jangkitan COVID-19. - Kredit foto: Getty


Ujian positif ke atas Dorries ini ketika United Kingdom mencatatkan kematian keenam akibat COVID-19 dengan jumlah keseluruhan yang dilaporkan sebanyak 382 kes disahkan positif. 

Mangsa terbaru yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berusia 80 tahun.

Dorries dalam satu kenyataan memberitahu, Jabatan Kesihatan Awam England  kini mula mengesan orang-orang yang bersentuh atau berhubung dengannya bagi mengelakkan penularan berangkai.

Namun dia sendiri tidak pasti berapa ramai yang dia telah temui ketika bertugas atau ketika melawat kawasan Parliemennya di Bedfordshire.

Dorries yang pernah menjadi seorang jururawat kesal dengan apa yang menimpa dirinya dan berharap masalah yang dihadapi akan segera berakhir.

Bagaimana pun Menteri Kesihatan itu bimbang dengan kesihatan ibunya yang berusia 84 tahun dan tinggal bersamanya. Ini kerana ibunya mula batuk-batuk sejak Selasa, 10 Mac 2020.

GADIS ayu ini memakai topeng sewaktu keluar berjalan di tempat terbuka di Britain sebagai langkah mengelakkan COVID-19. - Kredit foto: Getty


Menurut Jabatan Kesihatan, Dorries mula menunjukkan tanda-tanda diserang COVID-19 pada 5 Mac 2020, hari yang sama dia menghadiri satu acara di kediaman rasmi Perdana Menteri, Boris Johnson, di Downing Street. 

Dia terus mengkuarantin diri mulai Jumaat, 6 Mac 2020.

Sehingga ini, belum ada laporan sama ada Johnson telah melalui ujian atau akan melalui ujian berikutan peristiwa tersebut. 

Bagaimanapun ramai yang bersama Dorries pada acara berkenaan telah pun mengambil ujian.

Sehingga kini Jabatan Kesihatan Awam England sudah menjalankan 25,000 ujian COVID-19 di seluruh United Kingdom.

Pecahan jumlah kes dilaporkan ialah 324 kes di England, 27 kes di Scotland, 16 kes di Ireland Utara dan 15 kes di Wales.

Di England sendiri, usaha sedang dibuat bagi menggandakan kemampuan menjalankan ujian ke atas orang ramai atas jangkaan jumlah kes akan terus meningkat.

Pihak hospital dan para profesional di hospital-hospital berkenaan dilaporkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk memenuhi keperluan mendadak andainya jumlah kes meningkat.KitaReporters

Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

0
0
0
0
0
You will be interested