Insan & Komuniti 10 Mar, 2020

BANTU KAMI!! PELAJAR 9A SPM SEBATANG KARA

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
SETIAP insan ujiannya tidak sama. Sama ada berat atau ringan tetap harus ditempuhi. Ketika bakal menduduki peperiksaan SPM pada 2019, beliau belajar sendirian dan tinggal keseorangan di Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) Kampung Pak Mahat di Kuantan, Pahang. : Mahathir Ali


Oleh Mahathir Ali

Malang tidak berbau, semasa ingin mengambil peperiksaan kertas Matematik, beliau terpaksa mengambil peperiksaan itu di hospital lantaran tercedera akibat kemalangan jalan raya. Ibu kandungnya telah lama meninggal dunia.

Tidak lama selepas itu, abang sulung yang menjaganya pula menyusul mengikut ibunya ke alam yang kekal akibat penyakit. 

Selesai sahaja SPM, ayahnya tempat dia mengadu pula terlantar menderita sakit dan akhirnya meninggal dunia pada Januari 2020

Tinggallah kini beliau sebatang kara meneruskan hidup. Sungguh besar ujian yang dihadapinya.


Namun, Ketika keputusan SPM 2019 diumumkan pada 5 Mac 2020, ia merupakan hari paling bersejarah dalam hidupnya. 

Beliau telah merangkul anugerah 'Pelajar cemerlang di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan. Beliau telah memperoleh "straight A's" untuk semua subjek (Aliran sains tulen). 

Kejayaan cemerlang beliau diraikan keseorangan dengan tangisan dalam gembira. Beliau bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke UIAM dalam bidang perubatan.

Itulah serba sedikit pengalaman hidup yang ditempuhi adik Maizatul Akmal Mahat

Ujiannya cukup berat, namun beliau menghadapinya dengan tenang dan sabar. 

Allah tahu akan rintihan hatinya. Allah dengar semuanya. Allah lihat semuanya. 

Perancangan Allah sebaik-baik rancangan. Setiap dugaan yang Allah timpakan pasti ada sebab kepada hamba-Nya yang terpilih.


Kini beliau boleh menarik nafas lega. 

Kisah hidupnya mendapat perhatian serius dari UMNO bahagian Kuantan sejurus selepas mengetahui berita mengenainya.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato' Sri Ab Hamid Mohd Nazahar terus bertemunya pada Ahad, 8 Mac 2020 dan mengumumkan akan memberi perhatian berterusan terhadapnya sehingga beliau berjaya kelak dan mampu berdikari sendiri.

UMNO Kuantan akan terus memantau kehidupannya dan akan mengusahakan segala bentuk bantuan serta sumbangan untuk beliau meneruskan hidup dan menyambung pelajarannya hingga berjaya.

Insya-Allah semoga dengan bantuan dan jagaan dari UMNO Kuantan dan perhatian dari Kerajaan Negeri Pahang, hidupnya akan lebih bermakna dan dipermudahkan. 

Sama-samalah kita mendoakan buatnya. 

Semoga adik Maizatul Akmal sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Kepada sesiapa yang ingin membantu atau menyumbang kepada adik Maizatul Akma butirannya adalah: MAIZATUL AKMAL BINTI MAHAT, BSN : 0611-5290-0039-0384 dan nombor telefon 011-62009537

4
1
0
0
0
You will be interested