Insan & Komuniti 19 Mar, 2020

'BABIL' BETUL!! DOK PATUH PERINTAH KAWALAN?

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

TULAR dalam media sosial foto sekumpulan individu sedang duduk menjamu selera di sebuah premis kedai makan di Kuala Terengganu, Terengganu, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Covid-19 telah berkuat kuasa pada Rabu, 18 Mac 2020. : KitaReporters

Gambar dipercayai di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu ini tular dalam media sosial pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020.


Gambar dipercayai dirakam di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu itu, sekali gus menunjukkan terdapat segelintir masyarakat di Terengganu yang bersikap degil atau 'babil' (loghat Terengganu).

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui satu status dimuat naik menerusi akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/) pada Rabu, 18 Mac 2020 turut merayu kepada semua agar sama-sama mainkan peranan  berhubung Covid-19.

"Sepanjang laluan saya meninjau beberapa tempat, ada lagi satu dua kedai makan yang masih dibuka dan 'serve'.

"Saya merayu sangat, ini bukan masa untuk kita 'enjoy' ya teman-teman," tulisnya.

Beliau turut ingatkan pihak pengusaha kedai makan agar sediakan makanan bungkus sahaja.


Status yang dimuat naik oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam akaun Facebooknya ( https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/)


Selain itu, rakyat Terengganu yang pulang diharapkan tidak menjadikan kepulangan kali ini seperti cuti raya atau cuti sekolah dengan keluar berjumpa kawan-kawan sebaliknya kekal di rumah bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, memetik satu hantaran Facebook oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah turut merayu kepada masyarakat agar mengambil perintah kawalan pergerakan secara serius dengan duduk di rumah.

Menurutnya, jika rakyat Malaysia masih terus bersikap “tidak kisah”,  negara berkemungkinan akan menghadapi gelombang ketiga virus Covid-19 yang lebih besar daripada tsunami. - KitaReporters

1
0
0
0
1
You will be interested