Insan & Komuniti 29 Nov, 2020

Jurutera wanita tak jadi bunuh diri! Sebab ternampak buaya?

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

HARAPAN setinggi gunung berderai menjadi debu, kata-kata kekecewaan yang boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang jurutera wanita sehingga menyebabkan dia nekad untuk membunuh dirinya di Jambatan Jalan Dato' Mohd Sidin, Klang, Selangor. Namun Allah mungkin masih sayangkan dia lalu dihantar seekor buaya! Apa?? : KitaReporters


JURUTERA TNB yang dipercayai menghadapi tekanan perasaan sehingga sanggup bunuh diri di Jambatan Mohd Sidin, Klang, Selangor pada 24 November 2020. 


Lagi kisah-kisah berkaitan buaya:

https://kitareporters.com/search?search=buaya


Hasrat wanita bujang yang berusia 34 tahun untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama itu tidak kesampaian apabila beliau didakwa ternampak kelibat seekor buaya sebaik sahaja dia terjun ke dalam sungai itu.

Jurutera itu yang bertugas di sebuah cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri Selangor melakukan perbuatan sedemikian pada Selasa, 24 November 2020 lalu kerana dipercayai wanita terbabit mengalami tekanan perasaan serta masalah peribadinya.  


Gambar Hiasan. - Kredit Foto: Infonet


Sebelum itu, wanita yang berasal Taman Klang Jaya, Selangor itu tidak melihat apa-apa menyebabkan mangsa terjun ke dalam sungai di Jambatan Jalan Dato' Mohd Sidin yang juga dikenali sebagai Jambatan Connaught untuk meneruskan niatnya untuk membunuh diri. 

Bagaimanapun jurutera TNB itu didakwa berenang ke tepian semula untuk menyelamatkan dirinya kerana takut dengan seekor buaya yang tiba-tiba muncul di permukaan air di sungai itu.

``Allah masih sayangkan wanita itu sebab itu Tuhan mempertemukan dia dengan haiwan yang tidak disangkakan itu  selepas mangsa terjun ke dalam sungai di jambatan itu menyebabkan mangsa tidak jadi bunuh diri. 

``Kalaulah Tuhan tidak menyayanginya kemungkinan dia sudah lemas dihanyut air deras di sungai itu dan sudah tentu Tuhan tidak akan menampakkan mangsa dengan seekor buaya walaupun buaya itu tidak mengejar mangsa,’’ dakwa orang awam yang ditemui petugas media di jambatan itu selepas kejadian tersebut berlaku. 


KEMUNGKINAN buaya seperti itu yang dilihat oleh jurutera terbabit selepas dia terjun ke dalam Sungai di Jambatan Mohd Sidin, Klang pada 24 November 2020. - Gambar Hiasan


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Ramli berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.57 petang hari tersebut.

Beliau berkata jurutera itu ditemui dalam keadaan selamat dengan pakaian yang basah di tepi jalan tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 11.30 malam. 

``Jurutera itu sebelum ini bertugas di TNB Negeri Sembilan tetapi dipindahkan di sebuah cawangan TNB di negeri Selangor sejak tujuh bulan lalu,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis 25 November  2020.

Sebelum kejadian wanita terbabit dikatakan sering berwajah muram dan tindakannya  untuk membunuh diri itu dipercayai mangsa mengalami tekanan perasaan. - KitaReporters

4
2
4
2
2
You will be interested