Insan & Komuniti 03 Aug, 2021

Video| Suami suruh isteri goreng ikan! Tapi minyak panas pula dicurah pada muka, badan suami!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

NASIB malang seorang suami yang dicurah dengan minyak masak panas oleh isterinya sendiri pada 31 Julai 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com 


KALAULAH diambil kira adalah menjadi tanggungjawab serta tugasan seorang isteri sebagai suri rumah untuk menyediakan makan minum terhadap suami serta ahli keluarganya

Namun apa yang berlaku di Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat agak ganjil sedikit apabila seorang isteri yang bernama RS, 40, sanggup mencurah minyak masak panas pada muka dan tubuh suaminya yang dikenali A berumur 50 tahun sehingga melecur selepas A menyuruh isterinya mengoreng ikan.


Lagi cerita-cerita seram berkaitan keganasan rumah tangga

KUALI yang dipercayai digunakan RS untuk mengoreng ikan. - Kredit Foto : Detik.com



Kejadian terjadi di Desa Dena, Kacamatan Madapangga kira-kira 4.30 petang pada Sabtu, 31 Julai 2021 lalu dipercayai berpunca kerana RS marah pada suaminya selepas dia disuruh goreng ikan untuk suaminya yang mahu makan nasi pada waktu petang.

Dipetik laporan Kompas.com pada 2 Ogos 2021 berkata, walaupun kemungkinan RS marah serta kesal dengan sikap suaminya  yang menyuruh goreng ikan itu tetapi dia pergi juga ke dapur.

Tetapi beberapa minit kemudian, RS keluar dari dapur dengan membawa sebuah kuali yang berisi minyak masak yang sedang panas untuk dicurah pada muka dan tubuh A yang ketika itu mangsa sedang berbaring-baring sementara menunggu ikan yang siap digoreng oleh isterinya.

Perbuatan itu amat mengejutkan dan tidak diduga A kerana sebelum itu pada awalnya ketika  A menyuruh RS goreng ikan, dia  tidak menunjuk tanda-tanda kemarahannya  pada suaminya.


Kredit foto: YouTube 



RS (kanan) ditahan oleh polis ekoran kejadian siram minyak panas pada muka dan badan suaminnya. - Kredit foto: Antaranews.com


Akibat kejadian itu,  A melecur pada muka dan badannya kemudian mangsa dibawa oleh jirannya ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) Madapangga untuk rawatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Madapangga, Iptu Ruslan berkata polis telah menahan RS selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati RS bertindak menyiram minyak masak yang panas itu pada suaminya sendiri kerana suspek kesal pada suami yang menyuruhnya memasak ikan goreng.

``Kita tidak dapat pasti sama ada ia ada punca masalah lain kerana kes ini masih siasatan polis lagi,’’ katanya. - KitaReporters


MANGSA yang melecur pada muka dan badan akibat perbuatan isteri sendiri dirawat di hospital.

11
15
20
6
31
You will be interested