Insan & Komuniti 08 Jul, 2020

Fynn Jamal cuci tangan? Tak nak tahu masalah orang lain lagi

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MUNGKIN terkesan dengan kontroversi yang berlaku baru-baru ini berkaitan isu rogol, personaliti Fynn Jamal mengambil kata putus untuk ‘cuci tangan’ atau berundur daripada ambil peduli masalah orang lain. Ibu kepada dua orang anak ini dikenali sebagai wanita yang banyak membela dan membantu orang yang memerlukan bantuan dengan caranya sendiri. : KitaReporters


Luahan dan keputusan itu diumumkan dalam Instagram miliknya. 

Menurutnya dia telah mendapat kekuatan untuk berundur diri dan menghentikan bantuan seperti sebelum ini. 

“Alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan untuk buat keputusan penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes yang biasa aku uruskan dari kes hamil luar nikah, urusan cari keluarga untuk baby orang susah, kes harian makan anak, kes rogol dan segala apa jua.

“Hari ini aku benar-benar cuci tangan. Sudah tentu dengan apa yang riuh di mana-mana (isu rogol), saya bertanggungjawab sepenuhnya dan malas dah nak panjang-panjangkan lagi.

“Aku kenal diri aku. The very reason yang buat aku emosi adalah kerana aku terlalu peduli dan InsyaAllah dengan berlepas tangan begini, aku tidak perlu lagi memikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk fikirkan,” tulisnya.


Luahan tersebut mendapat respons daripada pengikut setianya. 

Menurut salah seorang pengikutnya di Instagram, ramai yang tidak benar-benar kenal dengan Fynn kerana tidak mengikuti perkembanganya dalam media sosial.

“Kadang-kadang kita pun termarah orang yang cakap pasal kak Fynn. Akhir sekali, kita cakap korang pergilah follow dia dengan hati terbuka. Baru korang akan kenal, jangan dengar cakap-cakap orang ketiga.

“Pergi tengok sendiri, kenal! Terima kasih kak, semoga semuanya menjadi asbab akak dan keluarga ke syurga dengan mudah. Kami sayang mummy,” tulis pengikutnya.


Harap Fynn dapat menarik kembali keputusannya itu. 

Bukan apa, ramai yang sudah dibantu olehnya sama ada dari segi motivasi atau bantuan kewangan. 

Bagaimana sekirannya dia benar-benar ‘cuci tangan’, ke mana pihak yang memerlukan bantuan ingin mengadu? - KitaReporters

Fynn sering membantu orang yang dalam kesusahan terutama wanita yang menjadi mangsa rogol dan sumbang mahram.

0
1
0
0
1
You will be interested