Insan & Komuniti 15 May, 2022

Video| Terima kasih adik! Pilih jaga emak ayah! Sebab kau, abang berjaya! Pengakuan Hafiz Mahamad!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


NAMA Hafiz Mahamad dalam dunia perniagaan tidak perlu diperkatakan lagi apabila pengasas produk kecantikan Aina Beauty ini telah cipta kejayaan demi kejayaan. 

Pada makan malam bersama team Aina Beauty baru-baru ini, Hafiz telah menceritakan kepada orang ramai bahawa kejayaan beliau hari ini adalah inspirasi daripada adiknya

Kerana adiknya, beliau telah capai kejayaan sehingga hari ini dan beliau tidak akan pernah lupa perkara itu. Malah Hafiz berjanji akan terus menjaga adiknya. 


Lagi




Kata Hafiz, lima tahun lepas beliau mengajak adiknya untuk mulakan perniagaan bersamanya namun adiknya menolak secara baik dan meminta untuk Hafiz terus lakukan sementara adiknya memilih untuk menjaga emak dan ayahnya di kampung

Pengorbanan yang dilakukan oleh adik Hafiz ini ternyata berbaloi dan mungkin sebab itulah, kejayaan demi kejayaan yang diperoleh Hafiz hasil berkat doa dan restu adik serta kedua-dua ibu bapanya.



"Saya dipuji di luar sana, orang datang tahniah Hafiz, tahniah Hafiz, malu. Adik saya dia tolak segala apa yang hendak dia kejar demi jaga emak saya," kata Hafiz yang tidak menahan sebak ketika memeluk erat adiknya. 

"Mu adik aku sampai mati pun aku bangga denganmu, Adik, Terima kasih," katanya. 

Kejayaan Hafiz ini kita boleh ambil iktibar apabila kejayaan yang diperoleh tidak pernah lupa akan adik beradik serta keluarga. Inilah tip kejayaan yang perlu kita amalkan jika ingin terus maju dalam apa jua perkara. - KitaReporters


5
22
0
7
0
You will be interested