RATA-RATA daripada kita mengetahui kisah pasangan suami isteri yang tular bertindak melakukan eksperimen sosial dengan memasuki kedai dengan bangganya tanpa rasa bersalah dan dengan tiada lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Sejak berita itu tular semalam, Isnin, 23 Ogos 2021, akhirnya pasangan suami isteri ini telah dicekup oleh pihak polis.
Eksperimen sosial yang dibuat oleh mereka itu telah tular dalam media sosial sehingga membuatkan ramai netizen berasa bengang dan marah atas tindakan mereka yang sangat bodoh dengan membawa dua anak kecik sekali tanpa berfikir.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suami isteri
Mereka ditangkap oleh pihak polis kerana dengan bangganya memuat naik hantaran dalam Facebook memaparkan yang beliau masuk ke kedai walaupun menolak mengambil vaksin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 5 petang hari kejadian 23 Ogos 2021 di rumah mereka di Bandar Putera 2, Klang, Selangor.
Shamsul berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.
Dalam kenyataan wanita yang ditahan itu sebelum ini, beliau ingin membuat "test" sahaja kerana dia tahu gerai tepi jalan, 7-Eleven dan 99 Speedmart semua tidak tanya mengenai dua dos vaksin.
Bukan hanya wanita ini tetapi suami juga membuat eksperimen sosial sendiri dengan pergi ke kedai gunting rambut tetapi dihalau kerana tidak ada vaksin.
Tetapi akhirnya suaminya boleh potong rambut di sebuah kedai yang yang tidak melakukan pemeriksaan langsung kepada orang yang datang ke kedainya.
"Barber yang halau orang tu memang tak mahu duit, dah kaya la tu. Barber yang tak tanya apa-apa memang betul nak cari duit. So lepasni kita support barber yang nak cari duit je.
“Dan pagi tadi alang-alang berbasikal satu keluarga, kami buat sosial eksperimen lagi. nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini. Sebab tengok ramai je duduk dine-in kat situ.
“So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah dah complete 3 dos giteww. Duduk, makan minum, blah. Sorang pun tak tanya, sorang pun tak check. Alhamdulillah. Allah bagi mudah,” katanya.
Catatan yang tular itu bagaimanapun telah dibuang oleh wanita terbabit. Dia juga turut dikecam oleh warganet dalam Twitter dan Facebook. - KitaReporters