Insan & Komuniti 09 Oct, 2020

Bantu kami! Hamidah cari adik beradik lelaki untuk jadi wali

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEORANG janda, Hamidah Mamat, 52, sedang mencari adik beradik lelakinya yang dipercayai tinggal di negeri Kelantan untuk dijadikan walinya kerana beliau akan berkahwin pada bulan November 2020 ini. Dia percaya adik beradiknya berada di Kampung Bedal, Hulu Kelantan. : KitaReporters

HAMIDAH Mamat sedang mencari adik beradik lelakinya yang dipercayai berada di Kelantan. - Kredit foto: Sinar Harian


Dia seorang ibu tunggal yang sekarang ini tinggal di Kampung Padang Setar, Kuala Berang, Hulu Terengganu berkata beliau percaya adik beradiknya berada sekitar di negeri itu kerana berdasarkan maklumat ayahnya, Mamat Sulaiman, 80, tinggal di Kampung Bedal, Hulu Kelantan.

Menurutnya, ayahnya dipercayai tinggal di Kampung Bedal selepas berpisah dengan ibunya, Zaharah Mamat, 70,  dan ketika itu ibunya sedang mengandung Hamidah lima bulan.  

``Sehingga hari ini saya tidak mengenali ayah saya kerana selepas ayah bercerai dengan emak saya, ayah tidak pernah datang berjumpa saya dan saya juga tidak pasti sama ada ayah berkahwin lain ataupun tidak.

``Yang pasti daripda maklumat yang saya perolehi, ayah tinggal di Kampung Bedal dan sekiranya ayah kahwin lain selepas berpisah dengan ibu kemungkinan ayah ada anak lelaki dan anaknya itulah menjadi adik beradik yang akan menjadi wali apabila saya berkahwin nanti,’’ katanya.

Beliau juga tidak pasti ketika ini ayahnya sudah meninggal dunia ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, Hamidah bersama keluarganya pernah mencari bapa atau adik beradiknya ketika beliau berkahwin kali pertama dahulu, tetapi usaha mereka gagal untuk mengesan bapanya dan pernikahannya terpaksa menggunakan wali hakim.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ayahnya serta adik beradiknya boleh menghubungi beliau melalui talian 017-9797369. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested