Insan & Komuniti 12 Oct, 2020

Mulianya Permaisuri Johor! Serah elaun baginda untuk rakyat!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MEMIKIRKAN keperitan yang terpaksa ditanggung dan dilalui rakyat berikutan  wabak Covid-19 yang melanda negara, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah bermurah hati untuk mengurniakan elaun bulanan baginda dari Kerajaan Negeri kepada rakyat. Ampun Tuanku! Terima kasih Tuanku!! : KitaReporters

BERMURAH hati.. Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenaan menyerahkan elaun dari kerajaan negeri kepada rakyat. - Kredit foto: Facebook The Royal Johor.


Lagi cerita-cerita berkaitan Johor:

https://kitareporters.com/search?search=johor


Menerusi Facebook rasmi The Royal Johor baginda berkenaan untuk menyerahkan elaun bahagian milik baginda demi meringankan beban rakyat.

Alhamdulillah… mulianya hati Tuanku!!

Semua rakyat di Johor juga beruntung memiliki seorang permaisuri yang sentiasa memikirkan kehidupan rakyat jelatanya. Bagi Permaisuri, rakyat adalah keutamaannya dan perlu dibantu jika mengalami masalah.

BAGINDA sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan tidak mahu ada rakyat berdepan dengan kesukaran.


“Ketika ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak turut terkesan akibat perkara ini, lebih-lebih lagi disebabkan penularan wabak COVID-19.

“Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat Yayasan di mana, turut terdapat ramai kakitangan yang sedang berkhidmat,” titah baginda.

PERMAISURI Johor sangat dekat dengan rakyat dan sering bertanya khabar rakyat. - Kredit foto: mediatvkota.com


Kesemua elaun itu akan diserahkan kepada pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Penyerahan berkenaan membuktikan kesungguhan dan keprihatinan institusi diraja mendekatkan hubungan dengan rakyat jelata bertepatan dengan kata-kata "Raja Berjiwa Rakyat".

Yayasan berkenaan yang ditubuhkan pada 2012 bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah dana turut digunakan bagi pembiayaian pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuklah rakyat  yang terkesan akibat penularan Covid-19 baru-baru ini. 

Menjunjung kasih Tuanku...semoga Permaisuri sentiasa dalam rahmat Allah. - KitaReporters


2
0
0
0
0
You will be interested