Insan & Komuniti 24 Sep, 2020

Dah boleh buat umrah mulai 4 Okt! Warga asing mulai 1 Nov!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BERITA gembira yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang menjadi doa serta harapan kita untuk kembali menjadi tetamu Allah. Setelah lebih tujuh bulan dihentikan, ibadat umrah kembali boleh dilaksana mulai Ahad, 4 Oktober 2020, untuk warga Arab Saudi, manakala untuk warga asing mulai Ahad, 1 November 2020. : KitaReporters

Kredit foto: Twitter Haramain Sharifain @hsharifain


Jemaah umrah perlu mematuhi protokol kesihatan yang ketat. Kredit foto: Gulfnews

Lagi cerita-cerita berkaitan haji dan umrah:

https://kitareporters.com/search?search=haji


Perkara itu telah diumum oleh Kementerian Dalam Negeri Arab  Saudi  setelah melihat perkembangan semasa wabak Covid-19 dan kehendak masyarakat Islam dunia yang ingin mengerjakan ibadat umrah.

Jika sebelum ini kira-kira 2 juta umat Islam boleh menjalani ibadat umrah, tetapi kini dikurangkan kepada 30 peratus daripada jumlah kebiasaan. Bagi umrah norma baru ini, negara-negara yang dibenar menghantar jemaah umrah akan ditentukan oleh Kementerian Luar Arab Saudi tidak lama lagi.

Apa yang dapat dipastikan jemaah umrah perlu dipastikan bebas Covid-19 di negara asal dan perlu menjalani kuarantin wajib  sebelum berangkat ke Arab Saudi dan setibanya di Arab Saudi



Ibadat umrah diharap membantu menaikkan kembali ekonomi Arab Saudi. - Kredit foto: BBCNews


Difahamkan, jumlah jemaah umrah akan ditingkatkan secara bertahap dari 6,000 menjadi 20,000 sehari. Jumlah jemaah 6.000 sehari setara dengan 30 peratus  daripada kapasiti normal.  

KapasitI akan dinaikkan menjadi 40,000 jemaah sehari pada 18 Oktober 2020.

Bagi fasa selanjutnya, Arab Saudi akan meningkatkan jumlah jemaah menjadi 60,000 sehari mulai 1 November 2020, bersamaan dengan dibenarkan kedatangan jemaah umrah luar negeri.  

Selain itu, jemaah umrah diminta menerapkan protokol kesihatan seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan  membatasi kontak fizikal.

Kerajaan Arab Saudi mengatakan sekatan umrah akan ditamatkan apabila pandemik Covid-19 sudah hilang.

Sebenarnya permulaan semula ibadat umrah dilakukan tiga bulan lebih awal. 

Pada mulanya pembukaan ibadat itu dijangka bermula pada Januari 2021. Namun ia dipercepatkan setelah sterealisasi dilakukan di sekitar Baitullah dan tempat penginapan, restoran serta pusat beli belah.

Dan yang paling penting Arab Saudi ingin menghidupkan kembali bidang ekonomi  di negara itu yang teruk terjejas ekoran pandemik Covid-19. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested