Seorang SPG cuba mempengaruhi seorang pengunjung untuk membeli lembu bagi dibuat korban. - Kredit foto: Tribun Jawa Timur.
HAIWAN korban terutama lembu dan kambing banyak dijual untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu
Seorang SPG melihat haiwan korban bagi memastikan kesihatan dan kebersihan binatang tersebut. - Kredit foto: Detik.com.
Salah sebuah pusat jualan haiwan berkenaan yang dikenali sebagai Widistia di Jalan Kedung Baruk 124, Rungkut, Surabaya meneruskan tradisi Aidiladha tahun lalu iaitu menggunakan wanita cantik sebagai jurujual wanita atau sales promotion girl (SPG) bagi menjual lembu dan kambing korban.
Tambahnya, ramai pembeli datang membeli kerana tertarik dengan cara SPG bergaya dengan berpakaian ala koboi semasa menjual lembu.
Sebanyak 10 SPG yang bertugas secara bergilir menunggu di depan pintu masuk untuk menyambut para pembeli haiwan korban. Mereka kemudian mengiringi pembeli untuk melihat-lihat kambing atau lembu yang hendak dibeli.
Setiawan mengaku, sengaja mengupah SPG terdiri daripada wanita-wanita cantik agar dapat mengubah imej pasar binatang yang terlihat seram kerana penjualnya majoriti adalah lelaki.
Untuk keselesaan para pembeli, para SPG yang bertugas dan pekerja lain perlu melakukan ujian swab (calitan) dan sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebanyak dua dos.
"Semua wajib divaksin, protokol kesihatan juga diterapkan dengan memakai pelitup muka dan menyediakan hand sanitizer. Sementara untuk binatang ternakan kami mempunyai surat kesihatan," kata Setiawan kepada Tribun Jawa Timur.
Menurut salah seorang SPG, Novelia Radista, ia satu tugas yang mencabar dengan berpanas dan menghidu bau najis dan memujuk pembeli. Namun hasilnya berbaloi apabila diberi komisen sebanyak 15 peratus daripada harga haiwan korban yang dijual di samping elaun lain. - KitaReporters