Insan & Komuniti 28 Jun, 2021

Video| Isteri 166cm, suami 109cm, perbezaan 57cm! Rekod dunia! Perbezaan tinggi paling banyak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Mereka hidup bahagia walaupun perbezaan fizikal yang ketara. Kredit foto: GWR


SEORANG guru wanita yang memiliki ketinggian 166cm dan suaminya bertubuh kenit iaitu cuma 109cm diiktiraf  oleh Guinness World Records (GWR) sebagai pasangan dengan perbezaan tinggi badan yang terbesar. Mereka menerima sijil daripada GWR itu pada 2 Jun 2021. 

Lelaki bernama James Lusted, 33, dan isterinya Chloe, 27, yang tinggal di Wales, mempunyai perbezaan tinggi sebanyak 57cm.


James dan Chloe Lusted memperlihatkan sijil GWR yang dimenangi mereka baru-baru ini. - Kredit foto: GWR.



Bagi mereka yang tidak mengenali pasangan ini akan mengganggap mereka sebagai anak dan ibu. Ini kerana Chloe bertubuh gempal sementara James bertubuh kenit. 

Menurut Daily Mail UK, GWR mengiktiraf pasangan ini mempunyai perbezaan tinggi badan paling ketara daripada pasangan yang sudah berkahwin dalam kategori wanita berbeza jenis kelamin/lebih tinggi.

James, yang merupakan penyampai TV dan pelakon pantomim, mempunyai masalah dwarfisme langka (yang sukar ditemukan) yang dikenali sebagai Displasia Diastropik (Diastrophic Dysplasia).

...

James dan Chloe ketika menjalani akad nikah. - Kredit foto: DailyMail.

James bertemu dengan Chloe di sebuah pub selepas diperkenalkan oleh rakan selepas James berlari membawa obor Sukan Olimpik di bandar Rhos-on-Sea.

Menurut Chloe, sebelumnya dia tertarik kepada lelaki tinggi. Namun segala-galanya berubah setelah bertemu dengan James.

Kedua-duanya berkahwin pada Ogos 2016. Pengantin lelaki terpaksa menggunakan tangga untuk mencium pengantin wanita di pelamin.

Kini James dan Chloe mempunyai seorang anak perempuan, Olivia, berusia 2 tahun.

James dan Chloe Lusted membawa anak mereka berjalan-jalan di tepi pantai. - Kredit foto: GWR


James, yang dikenal sebagai Jay dalam keluarganya, lahir dengan masalah genetik dwarfisme (kekerdilan) yang dinamakan Diastrophic Dysplasia yang membantutkan tumbesarannya. Namun penyakit itu tidak berjangkit kepada anak perempuannya.

Chloe ketika itu seorang pelajar yang tinggal di Cardiff ketika pertama kali keluar dengan James pada 2012.

Ketika pertemuan kedua yang berlaku di sebuah restoran, peristiwa lucu berlaku. James yang disangka kanak-kanak lalu seorang pelayan memberikannya buku mewarna untuk kanak-kanak dan krayon. 


James mampu memandu kereta dengan peralatan khusus. - Kredit foto: GWR.

James mengakui, ketika dia meningkat dewasa, dia pada mulanya ragu dapatkah berkahwin kerana tubuhnya yang kenit. Tetapi tanpa diduga Chloe muncul dan dengan rela hati menerima lamarannya.

Pasangan berharap akan memiliki beberapa orang anak lagi dan berharap perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

James mampu memandu kereta dengan bantuan peralatan tertentu serta menjalankan kerja rumah besama isteri. - KitaReporters

..

James dan Chloe berharap akan memperoleh beberapa anak lagi. - Kredit foto: WGR

0
1
0
0
0
You will be interested