Kisah Insan 11 Jul, 2021

Terima kasih Muszleem Malaysia! Bantu Roslan dapat kerusi roda! Sumbang kotak infak makanan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Roslan bersama kerusi roda dan kotak infak yang disumbangkan oleh Pertubuhan Muszleem Malaysia:Kredit gambar Unit Media Muszleem Malaysia


IMPIAN seorang lelaki yang mendapatkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan dia melakukan pergerakan akhirnya menjadi kenyataan apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan nasib malang yang menimpanya tampil untuk memberi sumbangan kepada lelaki berkenaan. 

Roslan Abdul Samad, 51, dari Kampung Cawat, Kuala Besut, Terengganu menghadapi masalah dengan penyakit buah pinggang serta tidak dapat bergerak kerana patah tulang paha akibat kemalangan jalan raya menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

Beliau tinggal bersama isteri dan seorang anak dan terpaksa meminta bantuan ahli keluarganya untuk membawanya pergi membuat rawatan dialisis tiga kali kali seminggu di Hospital Besut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerusi roda

Roslan bersyukur kerana pihak NGO Muszleem Malaysia menyumbangkan kerusi roda kepadanya


Roslan, sebelum ini bekerja dalam sektor perlancongan dan pemindahan barang. Setelah menghidapi penyakit ini setahun yang lalu, beliau hilang punca pendapatan dan hanya mengharapkan bantuan.

Beliau juga telah lama berhasrat untuk mendapatkan kerusi roda bagi membantunya untuk bergerak kerana kerusi roda yang sedia ada sekarang adalah dipinjam daripada rakan dan sudahpun rosak.

Ketika menerima kerusi roda terbabit, Roslan tidak dapat menahan perasaan hiba kerana impiannya sebelum ini sudah tercapai apabila ada pihak yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa dirinya.


Roslan mencuba kerusi roda yang baharu diterima sambil diperhatikan oleh Izzat Mohd Zubir


Menghidu keperluan yang dihadapi lelaki terbabit, sebuah badan bukan kerajaan dikenali Muszleem Malaysia tampil menghulurkan sumbangan kepada Roslan.

Pegawai Perhubungan Awam Muszleem Malaysia, Izzat Mohd Zubir, menggerakkan sukarelawan pertubuhan itu untuk menyampaikan kerusi roda tersebut kepada Roslan di rumahnya pada Sabtu, 10 Julai 2021 lalu.

“Dengan sedikit pemberian Kotak Infak dan kerusi roda tersebut ia diharapkan agar dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban beliau.” katanya.

Katanya, Muszleem Malaysia selain memberi bantuan peralatan kepada mereka yang memerlukannya, pertubuhan itu juga turut menyantuni asnaf yang terkesan akibat pandemik dengan pengagihan Kotak Infak yang mengandungi barangan keperluan dapur.



“Sejak pelaksanaan PKP pada Februari 2020 sehingga kini beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), pertubuhan itu sudah mengagihkan lebih 5,000 bakul makanan kepada penduduk daerah Besut yang terjejas dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan itu mencari idividu yang sudi menderma serendah RM10 untuk misi bantuan Kotak Infak ini. 

Mereka yang berhasrat untuk sama-sama berkongsi rezeki bolah menyalurkan sumbangan kewangan melalui akaun Maybank : 5630 4632 5663. - KitaReporters


Izzat Mohd Zubir

 

 

 

1
1
1
0
0
You will be interested

Bendera putih: Demi anak, Saifuddin ketepikan rasa malu! NIQ Ehsan Malaysia tampil beri bantuan

Saifuddin Abdul Rahman, bapa kepada lima orang anak dan penduduk Kampung Mak Teh di Tapah akui kehidupannya sekeluarga benar-benar terdesak sewaktu fasa PKP 3.0

Jutaan kanak-kanak Yaman di ambang maut! Hidup dalam kancah perang! Diancam kebuluran, pandemik!

Dijangka 98,000 kanak-kanak yang berumur di bawah umur 5 tahun yang tinggal di selatan Yaman akan berdepan maut kerana kebuluran, tak cukup zat pemakanan - PBB
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 1 day ago

Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil bantu ringan beban dan berjaya agih 60 tan makanan asas kepada 5,000 orang.
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Video| Uniknya Turki! Punyai pasangan wanita, lelaki paling tinggi di dunia! Diiktiraf oleh GWR

Turki miliki sepasang lelaki dan wanita - Sultan Kose, Rumesya Gelgi - yang diiktiraf sebagai individu paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records (GWR)
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Tolong kami! Bantu dua beradik dapat rumah baharu! Rumah pusaka hampir runtuh ke dalam sungai!

Rumah pusaka 2 beradik, Muhammad Azine Hamzah dan adiknya, Mohd Idzahir sejak lebih 50 tahun di Kampong Batu 7, Baling menunggu masa akan runtuh ke dalam sungai
Che Saad Noordin in Kisah Insan 2 days ago