Insan & Komuniti 28 Dec, 2020

Demi kelangsungan kehidupan! Pramugari kini jual alvokado!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KERJAYA dalam bidang penerbangan dianggap eksklusif yang ingin diceburi banyak pihak. Namun sejak pandemik Covid-19 melanda, kerjaya bidang penerbangan itu terutama juruterbang dan pramugari/pramugara cukup berisiko akan diberhenti atau dikurangkan jam kerja. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan diri sendiri dan keluarga tanpa memikirkan situasi ‘glamor’. : KitaReporters


Gambar kenangan Em Enrique sebagai pramugari.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pramugari:

https://kitareporters.com/search?search=pramugari


Perkara yang dilakukan oleh seorang pramugari ini demi kelangsungan hidup perlu menjadi panduan dan ikutan teman-teman sekerjaya.

Em Enrique menjadi pramugari syarikat penerbangan Filipina, Philippine Airlines selama lima tahun. Namun baru-baru ini dia menerima surat sedih daripada syarikat penerbangan itu. Dia antara sejumlah petugas syarikat penerbangan yang menerima surat diberhentikan kerja.


Em menjual baki alvokado secara runcit tidak jauh daripada rumahnya. - Kredit foto: Bussiness Philipines

Em hampir tidak percaya menerima surat duka itu kerana begitu mencintai kerjaya sebagai pramugari. Dia turut menangis kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk mencari rezeki lain bagi meneruskan kehidupan dirinya dan anggota keluarganya di Manila. 

Dia melihat beberapa rakannya yang dihentikan kerja membuat pekerjaan secara dalam talian (online). Bagaimanapun dia tidak tahu untuk menjual apa kerana tiada pengalaman berniaga. 

Namun setelah mendapatkan pandangan emaknya, dia diminta menjual buah alvokado melalui kurier, menurut laporan media Business Philipines.


Em menimbang buah alvokado untuk dihantar secara kurier.

Bekalan alvocado diperoleh dari sebuah ladang alvocado di pinggir Manila milik seorang saudaranya.

Setiap hari dia membeli 100 kilogram dan menjual secara kurier kira-kira 80 kg sehari. Dia menggunakan laman sosial untuk mencari pelanggan.

Avokado selebihnya dijual secara langsung di gerai sebelah rumahnya dengan bantuan adik-adiknya.

Em membahagikan gred alvokado untuk dihantar kepada pelanggan.


Em mengakui pendapatannya tidak sebesar menjadi pramugari yang selain mempunyai gaji bulanan turut menerima elaun penerbangan.

Namun dia tetap bersyukur masih dapat memperoleh sedikit pendapatan untuk hidup.Dia mengharap apa yang dillakukan menjadi inspirasi teman-teman lain yang masih tidak mempunyai pendapatan.


Gambar kenangan Emi hendak menaiki kapal terbang untuk memulakan tugas

Namun Em tetap berharap dapat kembali menjadi pramugari apabila pandemik Covid-19 berakhir.

Harapan Em juga menjadi harapan setiap petugas syarikat penerbangan di seluruh dunia. - KitaReporters 

El tetap berharap dapat kembali menjadi pramugari setelah pandemik Covid-19 berakhir.

3
0
3
1
1
You will be interested