Insan & Komuniti 05 Aug, 2020

Love Scam! Penuntut rugi RM300k akibat jerat cinta! Mak oii!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

JIKA sebelum ini kita sering mendengar golongan warga emas dan wanita yang kesunyian disering diperdayai sindiket Love Scam (Jerat Cinta) gara-gara mencari cinta sejati. Mungkin kesunyian menyebabkan mangsa termakan janji-janji manis, sekali gus membuatkan terbuai dan sanggup memasukkan sejumlah wang kepada penggodam. Namun terkini, dilaporkan pelajar-pelajar sekolah pun ada terjerat.KitaReporters

PELBAGAI taktik digunakan bagi mengaburi mangsa oleh penggodam sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Gambar hiasan.


Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Dahsyat sungguh penangan jerat cinta ini apabila remaja yang masih di alam persekolahan dan sedang meningkat dewasa turut menjadi mangsa penipuan! 

Lebih mengejutkan pelajar lelaki tingkatan dua mendakwa dia kerugian hampir RM300,000 gara-gara terjatuh cinta. Sayangnya cinta itu rupa-rupa penipuan besar.

Itulah kecil-kecil pun dah pandai nak bercinta… bagi habis sekolah dulu dik baru boleh bercinta.

Kejadian yang berlaku di Cameron Higland itu terbongkar selepas remaja lelaki menyedari dirinya dipergunakan oleh teman wanitanya yang sering meminjam wang daripadanya.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Komersial negeri Pahang, Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusuf dalam kenyataan berkata, kejadian tersebut bermula selepas remaja lelaki itu berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang dikenali melalui Facebook, Februari lalu.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusuf 


Menurut Wazir lagi, perkenalan berkenaan bermula apabila remaja lelaki berminat dengan iklan menjual telefon di dalam laman Facebook.

“Sejak itu lelaki berkenaan berhubung menerusi WhatsApp dengan remaja tersebut yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya.

Lebih menariknya sepanjang perkenalan sejak Februari sehingga Ogos, gadis yang dikenali Anis sering mengadu mengalami masalah kewangan dan mahu meminjam wang daripadanya.

PELBAGAI helah dilakukan bagi memastikan mangsa masuk ke perangkap penggodam.


Namun disebabkan sudah jatuh cinta remaja lelaki sentiasa memenuhi permintaan berkenaan.

Malah sepanjang tempoh dari 2 Mei hingga 20 Jun 2020 lalu, sebanyak 21 transaksi dilakukan kepada dua akaun bank atas nama individu yang berbeza.

Dah sah kena tipu dik... tak kan tak sedar lagi kot!

Malah janji-janji manis turut diberikan dengan menyatakan akan mengganti semula wang berkenaan.

Tapi sayangnya, hanya mainan kata sahaja dilontarkan dan sehingga kini gadis berkenaan gagal berbuat demikian.

Mungkin tidak ‘sedap hati’ apa yang berlaku, remaja lelaki itu memberitahu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands.

TELEFON sering dijadikan penghubung dalam hubungan dengan seseorang sebelum menjadi mangsa kepada penggodam.


Wazir memberitahu, pihaknya kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hari ini, macam-macam kaedah digunakan oleh pencuri abad baru hari ini. Tapi percayalah…wang yang diambil secara tidak ikhlas itu pasti ‘panas’ dan tidak kekal lama.. Semoga kita lebih berhati-hati! KitaReporters

1
0
5
0
1
You will be interested