Gajah berusia 40 tahun ini berlari kesakitan setelah telinganya dilempar dengan tayar terbakar.- Kredit foto: Tangkapan video Twitter Time Now
MANUSIA seharusnya perlu memiliki sifat kasih sayang sesama insan malahan juga kepada binatang. Namun masih ada insan bergelar manusia tetapi berhati binatang. Sanggup mencedera dan membunuh binatang dengan cara kebinatangan.
Satu peristiwa terjadi di sebuah resort persendirian di Masinagudi, Nilgiris, India pada 8 Januari 2021.
Seekor gajah dianggar berusia 40 tahun masuk ke resort itu. Beberapa orang kampung cuba menghalau gajah itu dengan cara tidak berperikemanusiaan sama sekali.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan gajah:
Gajah itu dihalau dengan cara membakar sebiji tayar terpakai dan dilempar ke arahnya dan melekat pada telinganya. Gajah itu berlari kesakitan dengan beberapa orang cuba memadamkan api.
https://kitareporters.com/search?search=gajah
Gajah itu dihalau dengan cara membakar sebiji tayar terpakai dan dilempar ke arahnya dan melekat pada telinganya. Gajah itu berlari kesakitan dengan beberapa orang cuba memadamkan api.
Gajah yang mengalami kecederaan serius akibat kebakaran itu dihantar ke sebuah hospital haiwan untuk rawatan. Namun nyawanya tidak dapat diselamat apabila disah mati pada 19 Januari 2021.
Kematian gajah itu secara tragik itu mendapat simpati ramai termasuk sejumlah selebriti di India.
Sehubungan itu, dua orang telah ditahan kerana didakwa mencedera gajah hingga mati. Gajah adalah binatang yang dilindungi di India.
Video pembakaran gajah itu dimuat dalam Twitter Times Now dan mendapat puluhan ribu tontonan. - KitaReporters
Tags: