MENGHARGAI jasa baik pihak hospital yang menjaga kakak yang bertarung dengan Covid-19, Peter Murray nekad mencari dana untuk diserahkan ke hospital berkenaan. - Kredit foto-foto: dailymail.co.uk
KALAU mahu jadi orang baik tidak perlu tunggu jadi kaya, yang penting memiliki hati yang ikhlas, itu sudah memadai!
Berpegang dengan prinsip sama, seorang warga emas dari Enfield, London di Britain sanggup melakukan cabaran berjalan kaki setiap hari demi mengumpul dana kebajikan.
Memetik laporan Dailymail.co.uk, Peter Murray yang kini berusia 86 sanggup bergerak aktif bagi mencapai yang yang diidamkan itu dan berhasrat untuk menyumbang dana yang akan dikumpul itu ke Pusat Penjagaan Orang Sakit (Hospis) North London.
Lagi cerita-cerita menariak berkaitan pusat jagaan
SELAIN mengumpul dana aktiviti yang dilakukan juga dilihat sebagai riadah untuk kekal sihat dan bertenaga.
Lebih mengujakan sejak memulakan kerja murni itu pada April 2021 lalu, datuk kepada 12 cucu itu berjaya mengumpulkan sebanyak 967 pound (RM5,632).
“Saya mahu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Saya akan berjalan sampai mati. Saya mahu mengajar anak dan cucu saya supaya berbuat baik kepada orang lain walaupun mereka tidak berbuat baik kepada anda,” ujarnya penuh bersemangat.
Kini setiap pagi seawal 9 pagi, Murray berjalan kaki 32km setiap hari di sekeliling bandar Barnet, Enfield dan Haringey dan pulang semula ke rumahnya pada pukul 6 petang bagi mengumpul dana berkenaan.
Laluan biasanya yang digunakan adalah bermula dari
rumahnya di Enfield menuju ke pusat bandar London.
Sepanjang perjalanan itu, Murray akan menyapa orang yang dia jumpa dan mengelilingi taman di kawasan bandar itu sebanyak dua atau tiga kali.
MURRAY gembira dengan aktiviti yang dilakukan dan berharap cabaran yang dilakukan kali kedua mencapai sasaran.
Bagusnya Murray!!… Selain mengumpul dana ia juga dilihat sebagai aktiviti riadah kepada dirinya sendiri untuk terus sihat.
Lebih membanggakan cabaran untuk mengumpul dana dengan berjalan kaki sejauh 32km itu bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh warga emas tersebut.
Beliau pernah berjalan sejauh 1,600 kilometer bagi tujuan sama iaitu mengumpul dana. Dana yang diperoleh itu kemudian diserahkan kepada Whipps Cross Hospital.
Wah hebat… Usia dah lanjut tapi masih kuat dan
bertenaga!
Semua itu katanya dilakukan sebagai tanda penghargaan dan tanda terima kasih kepada hospital berkenaan yang menjaga kakaknya, Madge yang dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia, Jun 2020 lalu.
Semoga usaha murni Pak Cik Murray tercapai kerana hati ikhlas yang dimiliki dia sanggup melakukan apa sahaja.
Terbaiklah pak cik! Semoga kerja murni ini akan dicontohi individu lain terutama golongan muda yang masih segar-bugar dan kuat. - KitaReporters
BERSAMA kakaknya yang dimasukkan ke Hospital Whipps Cross
.