JIKA kita sebut mengenai restoran ayam goreng, sudah tentu KFC menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia. Ini menandakan KFC sentiasa berada dalam fikiran ramai orang. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia pernah mengigit ayam goreng KFC atau menjamah 'fries' di restoran berkenaan, tidak kira di mana berada. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan KFC:
https://kitareporters.com/search?search=kfc
Namun percayakah kita bahawa masih ada dalam kalangan masyarakat yang berada di Malaysia ini tidak pernah atau jarang sekali dapat menikmati ayam goreng KFC.
Seorang pengguna media sosial membuktikan bahawa masih ada individu di negara kita terpaksa mengemis di hadapan restoran makanan segera untuk mengisi perut yang kosong.
Menurut Samuel Lee Wui Phung, insiden itu dirakam di KFC cawangan Likas, Sabah. Pada awalnya dia berasa kasihan melihat dua beradik itu yang kelihatan lapar dan mungkin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan.
Disebabkan rasa sayu dengan dua beradik berkenaan, beliau menghulurkan sedikit wang kepada mereka berdua agar dapat digunakan untuk membeli makanan.
Sumber : Facebook Samuel Lee Wui Phung
"Pada awalnya, saya hanya hulur sedikit duit untuk kanak-kanak itu. Tetapi apabila saya nampak mereka berdua mengira duit itu, mata saya bergelinangan.
"Dalam masa yang sama, teman wanita saya sedang menapau makanan di KFC, lalu saya suruh belikan sekali untuk dua budak itu," katanya.
Detik yang paling membuatkan netizen tersentuh adalah apabila dua beradik berkenaan menerima makanan dari teman wanita Samuel. Jelas terpancar rasa kesyukuran pada wajah dua beradik berkenaan.
Mereka kemudian menunjukkan thumbs up kepada Samuel sebagai isyarat berterima kasih di atas pemberiannya itu.
"Bila tengok reaksi sebenar dari budak-budak itu membuatkan saya tak tahu nak cakap apa.. Semoga mereka diberkati Tuhan. Virus Covid-19, tolonglah pergi. Rakyat sedang menderita," tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
Netizen mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa bangga dan syukur atas tindakan Samuel dan teman wanitanya itu membantu mereka yang memerlukan pertolongan walaupun tidak dikenali.
Kejadian berkenaan telah menyentuh emosi netizen dalam media sosial sekali gus memberi kesedaran terhadap konsep kesyukuran dalam kehidupan kita.
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia jadi warga rakyat prihatin seperti Samuel Lee Wui Phung. Terima kasih Samuel Lee!!! - KitaReporters