Insan & Komuniti 10 Nov, 2020

Pelajar maut ditikam! Padah peluk isteri orang masa buat COD

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

DUNIA kini menyaksikan inovasi dalam bidang perniagaan seperti perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung mengubah beberapa kaedah penjualan dan pembayaran. Ada orang suka membuat pembayaran secara dalam talian dan ada juga yang membuat pembayaran secara tunai ketika barang diterima (bayar tunai waktu terima atau COD). : KitaReporters 


Pelajar ditemui maut gara-gara memeluk isteri orang ketika COD. - Kredit foto: IDN Times


Lagi berita-berita berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Namun, apa yang berlaku di Indonesia ini bolehdijadikan pengajaran buat semua. Ia berkaitan dengan kaedah pembayaran secara COD yang akhirnya mengundang maut.

Lapor portal Detik.com, pihak polis telahmendedahkan punca kematian seorang pelajar di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan,Indonesia yang dikenali sebagai Alimuddin, 17. 

Alimuddin ditemui maut dengan kesan luka tikaman di perut.  



Ceritanya bermula apabila mangsa bertemu gadis dikenali Aulia, 15, yang merupakan isteri seseorang ketika melakukan transaksi pembayaran barang yang dipesan oleh mangsa.

Pada 8 November 2020 sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu Indonesia timur), Alimuddin memesan jam tangan daripada Aulia, namun menyuruh gadis berkenaan tidak datang bersama suaminya di satu lokasi yang telah ditetapkan untuk pembayaran COD.

Kemudian pada pukul 1.30 pagi, Aulia bergegas ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Jl Tangkia, Kabupaten Bajeng, Gowa. 

Sebelum itu, suami Aulia yang dikenali sebagai Farid telah menyoal siasat isterinya. Farid hairan dan syak sesuatu kerana pada waktu sebegitu masih ada yang memesan jam tangan malah mahu berjumpa isterinya.

Seterusnya, Farid memeriksa perbualan isterinya dengan mangsa. Dia juga membalas mesej mangsa bahawa Aulia akan segera pergi ke lokasi COD yang dimaksudkan. 


Suspek akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis. - Kredit foto: Makssar_iinfo


Kemudian Farid memanggil rakan-rakannya untuk mengintip pertemuan mangsa dengan isterinya. Ketika itulah Farid melihat mangsa mengganggu Aulia secara seksual.

Mangsa dilihat duduk di belakang Aulia dan memeluknya. Ketika itulah Farid keluar dari persembunyian dan menikam mangsa dari depan.

Selepas kejadian tikaman itu, Farid, isteri dan rakan-rakan melarikan diri dari lokasi. Pada keesokan harinya, mayat mangsa dijumpai oleh penduduk. 


Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung. - Kredit foto: Makassar_iinfo


Berikutan itu, polis berjaya menangkap tujuh suspek iaitu enam lelaki dan seorang perempuan. Malah, barang bukti juga turut ditemukan antaranya ialah telefon bimbit warna biru gelap, sebuah motosikal, sepasang selipar, sebilah pisau yang terselit di pinggang mangsa dan kunci motosikal.

Justeru, tidak kiralah apa niat dan siapa yang bersalah, kalau boleh elakkan diri daripada menerima atau membuat transaksi COD di tempat dan waktu yang tidak selamat. - KitaReporters 


2
1
1
0
1
You will be interested