Insan & Komuniti 21 Jan, 2023

Terima kasih Kumpulan Megaklinik Zahran! Jadikan Mahmudah anak angkat! Beri rawatan kesihatan percuma!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


SEBAGAI tanda keprihatinan dan kolaborasi berterusan, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) mengambil Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM) di Semenyih, Selangor, sebagai anak angkat sejak Ogos 2022.

Usaha itu juga secara tidak langsung diharap menjadi contoh kepada pelbagai pihak khusus organisasi korporat untuk bersama membantu pusat jagaan atau rumah kebajikan yang bergantung operasinya kepada sumbangan serta infak orang ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pusat Jagaan Mahmudah 

Ummul Khairiyah Abdul Rahman (kanan) dan Mohd Nafidz Abdul Razak menyantuni warga emas yang menjamah makan tengah hari sumbangan Kumpulan Megaklinik Zahran di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor, pada 19 Januari 2023.


Ketua Pegawai Eksekutif KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak berkata sehubungan itu semua penghuni dan petugas termasuk rawatan berkhatan untuk mualaf warga emas di PJMM adalah percuma di Megaklinik Zahran sebagai meringankan bebanan pengurusan pusat berkenaan.

Menurutnya, KMZ amat komited dalam pelbagai perkara berkaitan amal kebajikan dan berasa terpanggil untuk membantu pihak yang memerlukan sokongan atau bantuan bagi tujuan membela nasib mereka yang kurang baik.

Jelas beliau, adalah tidak seharusnya untuk kita hanya sekadar mendengar serta melihat tanpa melakukan apa-apa ikhitiar meringankan keperitanan mereka terutama yang secara sukarela mengurus dan menjaga insan memerlukan pembelaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Warga emas Muhammad Lim menyuapkan kek hari jadi kepada Mohd Nafidz sempena sambutan hari kelahirannya yang disediakan oleh KMZ.


“Kejayaan seseorang bukan setakat dinilaikan dari segi kemewahan hidup, memiliki rumah besar, berkereta mewah dan sebagainya tetapi akan lebih bermakna apabila menjadi infak amalan dalam hidup kita apabila dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan bantuan,” katanya

Beliau ditemui ketika mengunjungi PJMM dalam lawatan bersama-sama pegawai perubatan dan kakitangan KMZ. 

Turut hadir Ketua Konsultan Pemasaran KMZ, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman; Pengurus Besar KMZ, Dr Sazarul Zafirah Dato’ Seri Zainal Abidin; Pengurus Kanan KMZ, Muhammad AL Barra’ Ayub; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat 1 PJMM, Mohiadin Bahado; Pengurus serta Setiausaha PJMM,  Sazali Mohiden dan Mohammad Syafiq Mohiadin.


Mohd Nafidz (kanan) melihat pegawai perubatan KMZ memberi rawatan kepada warga emas di PJMM yang terlantar di atas katil.


Mohd Nafidz berkata, beliau difahamkan PJMM hanya menerima bantuan kewangan daripada pihak berkenaan hanya 10 peratus setiap tahun sedangkan kos operasi mereka mencecah RM60,000 sebulan bagi membiayai bil elekterik, air, pengajian kakitangan, penyelenggaraan, pengangkutan, pembelian barangan basah dan sebagainya. 

Menurut beliau, dalam lawatan itu, dia dan pegawai KMZ terbabit akan mengkaji daripada maklumat diterima daripada pihak pengurusan PJMM bentuk bantuan diperlukan pusat berkenaan yang kemudiannya akan dikongsi dengan pelbagai pihak termasuk organisasi korporat.

Tambahnya, syarikat atau korporat yang prihatin bukan setakat boleh menyumbang dari segi keperluan barangan makanan asas juga berpeluang menghulurkan sumbangan kewangan menerusi wang zakat perniagaan atau pendapatan.


Bergenang air mata tetamu PJMM apabila warga emas, Ariffin Omar menyampaikan lagu popular kumpulan EYE, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang.


Jelasnya, dia berasa gembira jika mereka itu dapat bersama-sama KMZ membantu pusat jagaan atau rumah kebajikan yang boleh dilakukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat dan boleh dilakukan sesiapa sahaja bagi memastikan pusat jagaan tidak berbayar terus beroperasi. 

“PJMM yang beroperasi daripada sumbangan dan infak orang ramai tetap teguh komitmen menjaga warga emas tanpa waris meneruskan sisa kehidupan malah akidah mereka ini terus dipelihara apabila mengadakan kelas pengajian agama dan mengaji setiap hari.

“KMZ pula terus mengadakan sesi lawatan perubatan sekali seminggu bagi memastikan warga emas di PJMM ini terjaga kesihatan mereka dan sentiasa sihat untuk mengikuti aktiviti yang diadakan terutama untuk hadir solat berjemaah di surau,” katanya.


Mohammad Syafiq (kiri) memberi taklimat mengenai sejarah penubuhan PJMM kepada Mohd Nafidz dan kakitangan KMZ.


Sementara itu, Azman melahirkan rasa bertuah apabila KMZ menjadi PJMM sebagai anak angkat kerana sudah pasti akan meringankan bebanan pihak pengurusan dalam menjaga serta menyelia warga emas khusus yang uzur. 

Menurutnya, selain dibawa ke pusat kesihatan atau hospital daerah bagi mendapatkan rawatan susulan atau janji temu dengan doktor seperti yang dijadualkan tetapi kehadiran pegawai perubatan KMZ sekali seminggu membantu dalam memantau tahap kesihatan warga emas di PJMM.

“Saya mewakili pihak pengurusan, kakitangan bertugas serta sukarelawan yang banyak membantu PJMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada KMZ yang begitu komited dan mengambil berat nasib warga emas yang menghuni PJMM,” ujar beliau. - KitaReporters


Mohd Nafidz (empat dari kiri) bersama-sama kakitangan KMZ merakam kenangan selepas mengadakan lawatan ke PJMM.

_________________________

__________________________

26
11
2
16
0
You will be interested