Insan & Komuniti 19 Dec, 2023

Sebar kegembiraan, kongsi kasih! Yayasan Mr DIY rai kanak-kanak Pusat Pembelajaran Pelarian Myanmar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Musim Krismas kini tiba, dan Yayasan Mr DIY telah berjaya menganjurkan sebuah program yang menghiburkan, membawa keriangan dan keceriaan perayaan kepada kanak-kanak dari Pusat Pembelajaran Komuniti Pelarian Myanmar (MRCLC). 

Inisiatif yang diberi nama 'Spread Joy, Share Love: Unwrap Your Wish,' bertujuan untuk mencipta kenangan yang berkekalan untuk penghuni muda MRCLC.

Dalam program ceria yang berlangsung selama dua jam di Mr DIY Plus Mid Valley Megamall, 25 orang kanak-kanak, lima orang guru, dan para tetamu istimewa, termasuk salah seorang Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Mr DIY Dato' Seri Loo Chong Peng, sukarelawan Mr DIY Cares, dan sukarelawan Soroptimist International Damansara (SID), berkumpul bersama Santa Claus. 

Program bersempena Krismas ini dipenuhi aktiviti yang menyeronokkan, menjadikannya amat bermakna bagi kanak-kanak tersebut. Mereka menikmati aktiviti Jingling Ball, diikuti Tarian Krismas yang meriah dan aktiviti Roll the Bottle.  

Aktiviti yang paling menarik sudah tentulah Parti Santa Claus, di mana Santa mengedarkan hadiah-hadiah yang disesuaikan dengan keinginan kanak-kanak tersebut, mencipta kegembiraan untuk mereka. 

Program berakhir dengan ucapan selamat tinggal yang mesra, meninggalkan semangat perayaan yang berkekalan untuk semua yang hadir.



Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY Zaleha Mohd Mydin berkata, "Dalam meraikan keajaiban Krismas, hati kita dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan kerana berpeluang berkongsi program istimewa ini dengan kanak-kanak dari Pusat Pembelajaran Pelarian Myanmar. 

"Melalui inisiatif 'Spread Joy, Share Love: Unwrap Your Wish’ ini, kami ingin mencipta saat-saat berharga dan meninggalkan impak yang berkekalan. 

"Sebagai sebuah yayasan, inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap penglibatan komuniti dan keyakinan bahawa bersama-sama, kami dapat menghasilkan impak yang positif dalam kehidupan komuniti di mana kami beroperasi. 

"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan, dan rakan kongsi yang telah turut menyumbang untuk menjadikan sambutan perayaan ini benar-benar bermakna."

Zaleha juga mengucapkan terima kasih kepada Soroptimist International Damansara (SID), kerana bermurah hati menaja pengangkutan bagi kanak-kanak tersebut, memastikan perjalanan yang lancar ke lokasi acara.

Yayasan Mr DIY memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, kesihatan, pembangunan kapasiti, dan pemeliharaan seni dan budaya. 

Ditubuhkan pada Jun 2023, yayasan ini berkomitmen untuk menghasilkan impak yang positif kepada semua rakyat Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
15
0
12
0
You will be interested