Insan & Komuniti 25 Nov, 2023

Sembang-Sembang| Isteri tua ngalah, isteri muda control suami! Diceraikan ulang tahun ke-40 kahwin!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Gambar hiasan


Adat bermadu. Masalah bertalu. Walau beringat selalu. Masalah tetap berlaku. Hanya Allah yang tahu. Bukan berebut. Tidak juga tamak. Namun hakikat hidup bermadu umpama pertandingan siapa kuat dan bijak dia muncul juara.

Demikian luahan hati Yana isteri pertama seorang pegawai kerajaan yang mahu berkongsi kisah hidupnya yang bermadu.

“Saya sudah hidup bermadu sejak 10 tahun lalu dengan seorang wanita muda yang bekerjaya. Orangnya cantik dan bergaya layaknya di sisi suami yang ada nama dan menjaga status.

“Pada awal perkahwinan saya sudah nampak sikapnya yang suka kontrol suami. Dua puluh empat jam call. Ganggu suami Jika giliran saya. Ada sahaja sebab dia hendak ganggu.

“Tapi saya reda karena itu pilihan suami. Anak-Anak juga faham dengan kehendak ayah mereka.  Tidak ada  bantahan. Saya juga tidak pernah tunjuk perasaan sedih saya terhadap masalah yang saya hadapi tentang rumah tangga kami.

“‘Kalau suami ada jemputan rasmi untuk majlis-majlis rasmi dialah yang akan berebut hendak teman suami . Hak saya sebagai yang pertama hilang begitu sahaja.

“Suami juga tidak boleh buat apa-apa dan mengikut sahaja. Mungkin tak mahu gaduh. Lagipun saya akan mengalah.


Gambar hiasan


“Hinggalah pada satu hari saya mengajak suami untuk pergi bercuti ke luar negara. Duit ringgit saya. Semua saya yang sponsor sempurna genap 40 tahun kami berkahwin.

“Hendak tahu apa berlaku. Dia juga kalut nak ikut. Tak tahu malu betul. Saya naik angin dan mengamuk sakan. Saya ungkit semua perkara yang lama saya pendam.

“Saya memang tak boleh kompromi lagi dengan dia. Duit ringgit dia kontrol. Masa dan hak saya sebagai isteri juga dinafikan. Dia ganggu hidup saya dan anak anak sepanjang kami berkongsi suami.

“Hendak tahu apa kesudahannya. Dia suruh suami ceraikan saya. Dia bagi kata dia. Dia atau saya. Beranikan dia. Sudahlah rampas suami kita, disuruhnya ceraikan kita pula.

“Dan saya dengan rela hati setuju diceraikan. Tidak fikir panjang lagi. Lebih baik tidak bersuami dari diperlaku seperti orang bodoh.

"Akhirnya pada hari kami sepatutnya ke luar negara untuk sambut ulang tahun ke 40 perkahwinan saya diceraikan dengan talak satu.“ 

Yana menamatkan ceritanya.


Gambar hiasan


Alahai. Sebak saya mendengar cerita Yana. Berapa cekalnya Yana menghadapi kemelut rumah tangganya. Bertahun-tahun bersabar dengan kerenah madu dan ketidakadilan suami.

Akhirya Allah buka jalan.

“Sekarang saya tenang. Anak-anak menjadi semangat saya untuk terus hidup. Bila rasa nak keluar dengan kawan-kawan saya pergi sahaja. Rasa nak bercuti dengan anak cucu saya pergi enjoy dengan mereka.

“Hidup ini indah jika diisi dengan perkara yang baik baik. Insya-Allah semua toksid dalam hidup saya sudah tiada… yang ada hanya Allah dan anak cucu.”

Demikian kata Yana mengakhiri kisahnya. Wanita penyabar dan kuat semangat. Semoga Allah permudahkan urusan hidup Yana dan keluarganya.

Hidup ini ada pasang surut. Positif, reda, usaha dan tawakal. Selebihnya biar Dia yang atur. - KitaReporters

16
16
0
8
0
You will be interested