Insan & Komuniti 28 Aug, 2022

Video| Gelandangan bina bilik di atas jejantas! Siap ada katil, langsir lagi! Tapi PBT arah pindah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBUT sahaja gelandangan terbayang keadaan yang huru-hara yang dipenuhi dengan barangan terbuang bersama dan dalam keadaan comot.

Namun jangan terkejut jika melihat nasib seorang gelandangan di wilayah Ayutthaya, Thailand yang jauh beza dengan gelandangan yang biasa digambarkan.

Memetik laporan Thethaiger.com, seorang lelaki gelandangan berjaya membina sebuah bilik di atas jejantas di sebuah bandar di wilayah berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan golongan gelandangan



Semuanya terbongkar dan menjadi tular selepas seorang pengguna TikTok @jittakorn_pochoo memuat naik kisah kehidupan harian gelandangan berkenaan dalam media sosialnya.

Tidak sampai seminggu, tempat berteduh gelandangan diserbu oleh pihak berkuasa tempatan dan menghalau lelaki gelandangan untuk berpindah.

Menariknya, susunan lelaki gelandangan berkenaan di jejantas berkenaan kelihatan kemas dan bersih.

Walaupun hidup secara gelandangan di jejantas namun kehidupannya dilihat teratur dan menyerupai berada di dalam sebuah rumah.




Lebih kreatif gelandangan berkenaan menyusun kotak-kotak polisterin dan menjadikan sebagai katil untuk tempatnya beradu.

Bukan sekadar itu, lelaki berkenaan turut memasang langsir menggunakan cebisan kain-kain terbuang di jejantas berkenaan bagi mengelak terkena  matahari dan berlindung daripada hujan dan panas.

Mungkin menyedari dirinya menjadi tontonan ramai yang melalui jejantas berkenaan setiap hari, lelaki gelandangan itu juga sempat meletak cawan plastik sebagai tempat orang ramai menghulurkan sedekah kepadanya.

Wah bahagianya! Dah buat macam rumah sendiri pulak!



Walaupun lelaki berkenaan tidak mengganggu orang awam yang menggunakan jejantas berkenaan namun keberadaanya memberi ketidakselesaan kepada pengguna laluan berkenaan.

Malah, seorang pengguna jejantas mengakui berasa janggal kerana apabila melalui kawasan itu berseorangan terutama pada waktu malam.

Sementara itu, seorang pegawai dari Daerah Lebuh Raya Ayutthaya, Thawat Changtham memaklumkan selepas perkara berkenaan tular pihaknya telah memeriksa kawasan berkenaan dan meminta lelaki berkenaan berpindah.

Malah, pihaknya telah membersihkan jejantas itu bagi menyediakan laluan yang bersih dan selamat kepada pejalan kaki.KitaReporters



10
15
0
9
0
You will be interested