Sejak banjir besar melanda Sumatera pada penghujung November 2025 lalu, Islamic Relief telah berada di lapangan bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas antaranya bantuan pek makanan, air minuman, kit kebersihan, kit kesihatan, tarpaulin, dan lain-lain.

Terkini, Islamic Relief meluaskan bantuan dengan menyediakan rumah sementara (rumah panggung), tangki air dan dapur umum bagi menyediakan makanan harian kepada penduduk Desa Gedumbak, Mukim Langkahan, Acheh Utara.
Alhamdulillah, pasukan kedua Misi Bantuan Acheh Islamic Relief Malaysia yang telah berada di Acheh sejak Selasa, 23 Disember 2025 lalu berkesempatan menziarahi dan menyantuni penduduk terjejas, meninjau keadaan semasa dan melihat kejayaan projek bantuan seperti tangka air bersih dan dapur umum.


Acheh masih dilanda duka; anak-anak terpaksa bermain di timbunan kayu, ibu-ibu berusaha mengenyangkan ahli keluarga, dan bapa-bapa sedaya upaya memulihkan kembali rumah dan kehidupan mereka.
Islamic Relief akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas sehingga keadaan semakin pulih, insya-Allah. - KitaReporters/Kenyataan Media


Tags: