Insan & Komuniti 18 Aug, 2025

Pengimarahan surau! Surau Raudhatul Ibad IPD Bagan Datuk! Selepas majlis serah terima bangunan!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.


HARI Khamis 14 Ogos 2025, pada malam Jumaat mulia, berlangsung majlis kesyukuran sempena pengimarahan Surau Raudhatul Ibad, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, Perak.

Surau tersebut, yang telah siap dibina, diserah secara rasmi kepada IPD Bagan Datuk pada satu majlis sederhana tetapi penuh bermakna pada Rabu 13 Ogos.

Dengan penyerahan surau untuk IPD Bagan Datuk yang beribu pejabat di Hutan Melintang, kini warga IPD tersebut mempunyai tempat selesa untuk beribadat dan menjalankan aktiviti keagamaan lain.

Sebelum Bagan Datuk diisytihar sebagai daerah ke-12 dan yang ‘bongsu’ oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 9 Januari 2017 di Sekolah Sains Bagan Datuk, pentadbiran Bagan Datuk adalah di bawah Dearah Hilir Perak yang beribu pejabat di Teluk Intan. Pentadbiran polis pula di bawah IPD Hilir Perak.    


Solat berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil antara pengisian majlis pengimarahan Surau Raudhatul Ibad, IPD Bagan Datuk pada 14 Ogos 2025, malam Jumaat.


Antara jemaah wanita yang turut hadir pada majlis pengimarahan Surau Raudhatul Ibad.


Sudah lapan tahun Bagan Datuk jadi daerah mutlak dengan pentadbiran di bawah Pejabat Daerah Bagan Datuk. IPD Bagan Datuk beribu pejabat di Hutan Melintang.

Kerana itu Surau Raudhatul Ibad adalah satu kebanggaan bagi warga polis IPD Bagan Datuk. Majlis pengimarahan surau pada malam Jumaat adalah sebagai menzahirkan rasa bangga dan syukur pasukan.

Majlis juga dianggap sebagai ‘pembuka tirai’ bagi penggunaan surau untuk beribadat dan menjalankan pelbagai aktiviti kegamaan dan aktiviti lain yang diatur oleh surau berkenaan untuk warga IPD Bagan Datuk.

Di antara pengisian dalam majlis imarah tersebut ialah solat maghrib dan isyak berjemaah, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat. 

Ia adalah sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah. Dengan izin-Nya terbina surau yang selesa, indah serta memberi manfaat kepada semua warga IPD Bagan Datuk.


Mohammad Ali Mohd Jali.


Jemaah wanita yang hadir pada pengimarahan Surau Raudhatul Ibad berbual mesra sambil menjamu selera.


Hadir pada majlis pengimaraha Surau Raudhatul Ibad ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali. Selain itu ketua-ketua bahagian, pegawai kanan polis, ketua-ketua polis balai, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ) Bagan Datuk, Datuk Dr. Khalid Ismail dnan isteri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrulzaman Yahya; Pegawai Daerah Bagan Datuk, Nazrul Fazami Mohamad; Pegawai tadbir Agama Daerah Bagan Datuk, Mohamad Firdaus Mohamad Tarmizi serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid-masjid daerah Bagan Datuk.

Berkat kerjasama semua pihak, terutama dalam kalangan warga IPD Bagan Datuk, majlis pegimarahan berjalan dengan lancar dan jaya. Jemaah yang hadir juga disajikan dengan makan malam selepas selepas majlis pengimarahan.


Selesai majlis pengimarahan Surau Raudhatul Ibad, jamuan makan malam pula menyusul untuk jemaah yang hadir.


Sementara itu, sebelumnya pada pagi Rabu 13 Ogos, berlangsung majlis penyerahan bangunan Surau Raudhatul Ibad kepada IPD Bagan Datuk daripada Pengarah Pejabat Pembangunan Perak, Datuk Mohd Zakuan Zakaria, kepada Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali.

Pada majlis tersebut, diadakan upacara menandatangani surat serah terima bangunan. Mohammad Ali menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan surau berkenaan. 

Beliau berharap ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPD Bagan Datuk. - KitaReporters


Mohammad Ali Mohd Jali menandatangi surat terima bangunan Surau Raudhatul Ibad daripada Mohd Zakuan Zakaria pada majis serah terima di IPD Bagan Datuk pada 13 Ogos 2025.


Sebahagian anggota trafik IPD Bagan Datuk yang hadir pada majlis serah terima Surau Raudhatul Ibad, IPD Bagan Datuk pada 13 Ogos 2025.


Antara warga IPD Bagan Datuk pada majlis serah terima Surau Raudhatul Ibad pada 13 Ogos di IPD Bagan Datuk.

19
9
0
8
0
You will be interested