Insan & Komuniti 26 Oct, 2025

Video| Siapa kata drama Melayu hanya untuk satu kaum sahaja! Anak Chindian kongsi gelagat ibunya!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Seorang pengguna TikTok berketurunan campuran Cina dan India, Darwin Naga, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa video mengenai ibunya yang terlalu gemar menonton drama Melayu. 



Gelagat spontan itu bukan sahaja menghiburkan warganet, tetapi turut menjadi simbol keharmonian budaya dalam masyarakat majmuk Malaysia. 

Darwin fasih berbahasa Melayu dan sering menggunakan gaya pertuturan santai yang membuatkan ramai menyangka dia berbangsa Melayu. 

Dengan wajah yang mirip lelaki Melayu dan kefasihan bertutur bahasa kebangsaan, ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa pemuda ini sebenarnya hasil kacukan Cina dan India (Chindian).



Dalam satu video yang dimuat naik pada 23 Oktober 2025, Darwin berseloroh bahawa televisyen di rumahnya ‘rosak sebulan dua’ kerana ibunya tidak berhenti menonton drama Melayu di TV3. 

By the way, siapa tahu cerita baru pula mak aku layan ni?” tulisnya sambil menyelitkan emoji ketawa.



Aksi spontan itu mencetuskan pelbagai komen lucu daripada pengguna TikTok. 

Seorang netizen berkata: “Mak abang memang betul-betul limited edition. Jarang tengok orang Cina layan drama Melayu .”

Tidak kurang juga yang kagum dengan keupayaan ibu Darwin melakukan pelbagai kerja sambil menonton TV.  

“Hello, she’s multitasking tu! Belanja her TV untuk letak di dapur. Fosho masak sambil tengok drama. Boleh ikut resipi easily juga.” 



Terdahulu, Darwin memuat naik video yang menunjukkan ibunya berdiri di hadapan televisyen sambil khusyuk menonton drama bersiri Melayu, sehingga terlupa untuk memasak. 

“Mak aku siap boleh hafal semua drama Melayu yang dia dah tengok ya. By the way siapa tahu apa nama drama ni. Mak aku tak masak lagi ni, diri tengok cerita ni,” tulisnya dalam kapsyen.



Rakaman itu turut mencuri tumpuan dengan lebih 1,500 tanda suka, 122 komen dan 40 perkongsian. Video-video Darwin Naga jelas menunjukkan sisi keunikan keluarga Chindian ini yang hidup dalam suasana budaya Melayu sehingga ibunya mampu menghafal jalan cerita hampir semua drama tempatan.

Fenomena ini turut mencerminkan bagaimana kandungan hiburan tempatan kini berjaya merentas sempadan bangsa dan bahasa, menarik penonton daripada pelbagai latar belakang. 

Pada masa yang sama, Darwin Naga menjadi simbol kecil perpaduan apabila bahasa, humor dan kasih sayang keluarga menjadi jambatan yang menyatukan rakyat Malaysia. - KitaReporters



9
11
0
10
0
You will be interested