Insan & Komuniti 01 Nov, 2025

Video| Ingin curi telefon! Tapi dapat telekung! Pencuri kantoi terakam CCTV! Semoga auto taubat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: [email protected]

Share this

Dalam masyarakat yang serba moden hari ini, masih ada segelintir individu sanggup memilih jalan mudah dengan mencuri walaupun dikurniakan tubuh sihat dan usia muda. 



Tindakan sebegini bukan sahaja menunjukkan kerendahan moral, malah membuktikan betapa rapuhnya nilai amanah dalam diri manusia zaman kini. 

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi pengalaman mencemaskan dalam TikTok apabila beg miliknya dilarikan oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya di Johor Bahru, Johor. Kejadian itu tular selepas dimuat naik oleh pengguna akaun @jeontaey4a_, yang berkongsi detik-detik cemas tersebut bersama lebih 7,000 pengikutnya.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku selepas dia pulang daripada menunaikan solat maghrib.

“Saya baru balik solat, letak beg sekejap kat belakang sebab nak betulkan gelang. Bila tengok CCTV balik, lelaki tu rupanya dah round dua kali nak tengok line clear ke tak,” katanya dalam kapsyen tersebut.



Katanya lagi, dia sempat mengejar suspek namun gagal menangkapnya. 

“Saya cuba kejar dia tapi hilang tak nampak bayang. Alhamdulillah Allah tolong saya, telefon saya terjatuh masa dia kelam kabut nak lari,” ujarnya yang mengakui menggigil selepas kejadian.

Bagaimanapun, wanita itu bersyukur kerana telefon bimbitnya masih selamat setelah ditemui terjatuh di tepi kedai. 

“Yang dia dapat cuma beg telekung saja. Walau macam mana pun tetap kena viralkan sebab tak nak jadi pada orang lain juga. Semoga selepas dapat telekung tu, bawa-bawalah insaf,” katanya lagi.



Video berdurasi hampir seminit itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna TikTok yang rata-rata geram dengan tindakan pencuri tersebut. 

Malah ada netizen yang memberitahu budak tersebut sudah beberapa kali melakukan jenayah. “Laaa budak ni banyak kes dah.” 



Dalam masa sama, komen bersahaja daripada seorang netizen turut mencuit hati. 

“Hahaha tergelak nak curi sangat. Dia ingat ada wang tunai dalam tu. Last-last nak buka auto insaf terus. Nasib tak buka situ jumpa songkok ke apa,” tulisnya.



Namun tidak semua percaya. Ada netizen yang mendakwa video itu sekadar content untuk mendapatkan view.

“Sekadar konten,” tulisnya ringkas tetapi menyakitkan hati buat yang lain.  

Tuduhan itu segera disangkal oleh ramai netizen lain. Antaranya yang membalas, “Weh nasib baik telefon tu terkeluar dari beg. Yang cakap sekadar konten tu, kau ingat telefon pun berlakon sekali ke?” 



Sungguhpun begitu, netizen memuji tindakan mangsa yang tetap tenang dan memilih untuk membuat laporan serta menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

Kejadian ini menjadi peringatan bahawa kesedaran dan kejujuran harus dipupuk dalam diri kerana sekecil-kecil kelalaian mampu membuka ruang kepada jenayah. Manakala sebesar-besar kesalahan boleh menghancurkan maruah manusia sendiri. - KitaReporters



7
9
0
14
0
You will be interested