Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus komited dalam memperkasa komuniti nelayan melalui pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan Touch Point yang merupakan salah satu inisiatif LKIM bagi mendekati golongan sasar khususnya nelayan di Perak.

Dalam majlis yang berlangsung 7 Februari 2026 di Lekir, Sitiawan, Perak, Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil telah menyampaikan bantuan di bawah program tersebut kepada 52 orang nelayan dari Kawasan Manjung Selatan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM65,500.
Penyerahan bantuan ini bertujuan itu membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan.
Selain memperbaiki taraf dan kualiti hidup nelayan serta meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan bagi menyokong peningkatan produktiviti sektor perikanan negara.
Antara bantuan peralatan penangkapan ikan yang disalurkan ialah seperti dua unit enjin sangkut 15 kuasa kuda,
34 unit tong insulasi, 43 set pukat udang, 27 set pukat senangin, 26 set pukat bawal, 20 unit pukat hanyut, 117 unit pukat pelbagai dan 65 unit bubu ketam.

Selain itu, Muhammad Faiz Fadzil turut menyampaikan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM77,220.00 kepada 114 orang nelayan melibatkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang sebanyak RM24,950, PNK Sungai Tinggi ( RM30,900) dan PNK Manjung Utara dengan RM21,370.
Dalam ucapannya, muhammad Faiz menyeru agar nelayan lebih proaktif dalam memodenkan teknik penangkapan ikan dengan menguasai teknologi perikanan terkini bagi meningkatkan hasil tangkapan dan memperkukuh taraf sosioekonomi komuniti nelayan.

Sementara itu, pada majlis yang sama, seramai 13 orang pelajar daripada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) Pusat Kuala Lumpur turut menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan kepada 10 orang anak-anak nelayan asnaf cemerlang iaitu lima pelajar sekolah menengah dan lima pelajar sekolah rendah.
Sumbangan tersebut merangkumi Beg Sekolah UUM, Topi UUM, Botol Air UUM, alat tulis serta wang tunai bernilai RM50 bagi setiap pelajar.
Program ini bukan sahaja bertujuan menyantuni komuniti nelayan dan menyokong perkembangan pendidikan anak-anak asnaf, malah memberi peluang kepada pelajar Program Separuh Masa PACE UUM untuk memperoleh pengalaman dalam pengurusan aktiviti kemasyarakatan. - KitaReporters
