Insan & Komuniti 03 Mar, 2026

Mencari Tuhan! Pengaruh usleb? Ustaz selebriti dijadikan rujukan! Masyarakat dahagakan bimbingan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Masuk abad ke-21, kita melihat bahawa memang dunia kembali mencari Tuhan, ini yang kita lakukan apabila fenomena bagaimana masyarakat kembali mencari nilai, mencari etika, mencari Tuhan yang membuka peluang untuk kita.

Perkara itu berlalu kerana masyarakat dahagakan satu bimbingan, panduan untuk kembali menangani krisis yang ada, krisis itu sebenarnya walaupun tidak baik, tetapi dia mengingatkan kita sempat kembali kepada Tuhan. 


Dr Zulkifli Hassan bersalam dengan pemimpin dan ahli NGO yang hadir.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hassan, berkata apabila kita susah, kita ingat Tuhan. Apabila kita sakit, kita ingat Tuhan. Apabila adanya perbagai permasalahan, kita ingat Tuhan.

Tambahnya, masalah itulah yang sedang berlaku di dunia sekarang dan disebut dalam konteks ekonomi, G. Wallis dalam buku beliau, ‘Rediscovering Dallas’ menjelaskan apabila berlakunya ‘financial’ krisis maknanya masyarakat dunia mula memikirkan mengenai ‘Finance and Ethics. Finance and Belief and Religions’.

Justeru itu, jelasnya dalam situasi Malaysia, sebenarnya masyarakat sudah mula kembali untuk mencari Tuhan, mencari millah iaitu dalam konteks agama Islam sebagai contoh, apabila sekarang kita lihat bagaimana ‘market’ pasaran, sekiranya ingin melariskan produk, apa yang dicari mereka ialah ‘uslat’, iaitu ustaz selebriti.


Dr Zulkifli ketika menyampaikan ucapan perasmian.


Menurutnya, perkara itu berlaku kerana mereka berasakan ustaz itu mempunyai nilai yang boleh mempengaruhi pemikiran dan juga sokongan masyarakat.

Dengan itu kita kena menggunakan peluang berkenaan, jika tidak menggunakannya, maka orang lain akan mengambil kesempatan serta ianya akan merisikokan negara kita.

“Kerana barangkali mereka yang mengambil peluang itu tidak mahu membina negara, tetapi mahu mengucar-ngacirkan negara kita dan inilah peluang yang ada di depan mata kita iaitu masyarakat kembali mencari agama.

“Justeru itu kalau kita lihat di masjid atau di mana saja apabila dibuat program sebegini ada yang sekarang sudah berbayar dengan bayaran mahal sampai mencecah ribuan ringgit tiket penyertaannya habis terjual, membuktikan berlaku luar biasa bermakna ada kuasa membeli menunjukkan kegairahan untuk mendapatkan ilmu bagi kembali mencari agama,” ujarnya.


Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman dan setiausaha pusat jagaan itu, Muhammad Syafiq Mohiadin turut menyapa Dr Zulkifli.


Beliau berkata demikian kita berucap merasmikan Forum Peradaban dan Majlis Iftar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada 26 Februari 2026.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli; Yang Dipertua YADIM, Hasan Bahrom; dan ahli panel forum bertemakan ‘Membangun Adab, Membina Negara', iaitu Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, Thai Ming Yeow, Dato’ Jonathan Jesudas serta Thurai Chantheran.

Program kali ke-10 itu sejak 2016 yang dihadiri lebih 400 kepemimpinan dan ahli NGO Islam dan wakil pertubuhan bukan Islam berlangsung dalam suasana harmoni serta penuh persaudaraan yang didokong Kerajaan Madani sekarang.

Dr Zulkifli berkata, untuk mencari nilai Membangun Adab, Membina Negara itu, program berkenaan membincangkan mengenai forum peradaban dengan penganjur menjemput sahabat-sahabat mewakili agama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu untuk bersama mengerakkan idea sebaiknya.


Empat ahli panel menjelaskan perspektif peradaban mengikut agama masing-masing.


Tambahnya, langkah itu dilaksanakan kerana kita perlu bergerak secara kolektif sebagaimana beliau pernah dijemput tahun lalu (2025) untuk memudahcarakan satu forum, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu membicara mengenai madani daripada perspektif agama Kristian, Buddha, Hindu dan juga Islam.

Menurutnya, semua ahli panel mengupas, mencerahkan serta dirumuskan dengan memberikan pandangan berdasarkan kepada perspektif agama masing-masing apabila melihat bahawa madani adalah satu kerangka pemikiran, gagasan pemikiran universal, disepakati kebaikannya oleh semua agama.

“Saya berasa bersyukur kerana di celah-celah realiti yang sukar untuk didepani, kita mempunyai kerangka gagasan pemikiran universal yang boleh kita angkat bersama oleh semua agama, bangsa untuk membentuk sebuah negara yang hebat.

“Alhamdulillah jadi dalam konteks Islam, pada kali ini yang sedang kita lakukan untuk merakyatkan gagasan madani itu, supaya madani dilihat sebagai sebuah projek universal mengangkat negara bukan sahaja orang Islam tetapi Cina, Iban, Kadazan membabitkan semua bangsa bagi menunjangi ketamadunan serta peradaban.

“Kerana madani ini adalah perkataan, peradaban, ketamadunan dan apa yang dilakukan hal ehwal agama di samping semua mungkin sudah tahu bagaimana kita cuba untuk menterjemahkan, gagasan madani itu dalam bentuk yang paling mudah untuk difahami,” ujarnya. - KitaReporters


Dr Zulkifli (depan tengah) merakamkan kenangan bersama kepemimpinan dan ahli NGO yang hadir pada Forum Peradaban dan Majlis Iftar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

_________________________

10
9
0
15
0
You will be interested