Harapan untuk melihat anak bongsu pasangan suami isteri, Muhammad Rizal Azlan dan Siti Fatimah Sani iaitu Muhammad Mikail Rafanza, tiga tahun, mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Fatimah Sani (kanan) memeluk anaknya Muhammad Mikail Rafana Muhammad Rizal ketika ditemui di rumahnya di Parit Mentara Tiga, Bagan Serai, Perak.
Ini kerana
kos pembedahan kaki Muhammad Mikail Rafanza sebanyak RM6,000 dijamin oleh
Baitulmal Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).
Dengan
jaminan tersebut memberikan kelegaan kepada Muhammad Rizal Azlan, 40, yang
bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Pulau Pinang dan isterinya Siti
Fatimah Sani, 40.
Muhammad Rizan berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana masalah yang dihadapi keluarganya telah berjaya diselesaikan.
"Saya mahu melihat anak saya dapat membesar seperti dengan kanan-kanak lain," katanya.
Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Gunung Semanggol, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pembedahan ke atas kanak-kanak itu yang dijadualkan pada 10 Mac 2026 ini terpaksa ditangguh kerana kekangan kewangan keluarga.
Namun
begitu, katanya, pihak Baitulmal MAIPk telah memberi jaminan untuk menanggung
sepenuhnya kos pembedahan itu pada masa terdekat.
“Justeru itu, kita menggesa pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dapat mempertimbang untuk menyegerakan tarikh pembedahan terhadap kanak-kanak ini kerana isu kewangan sudah selesai,” katanya selepas melakukan lawatan di kediaman pasangan itu di Parit Mentara 3, Bagan Serai, Perak pada 2 Mac 2026.

Media
sebelum ini melaporkan, Muhammad Mikail dijadualkan menjalani pembedahan
memasukkan plate besi pada lutut bagi mengawal pertumbuhan tulang kerana sebelah
kaki kanannya pendek dan masalah lutut yang tidak boleh diluruskan.
Kanak-kanak
itu juga disahkan mengalami kecacatan tulang belakang, jantung berlubang, tiada
buah pinggang kiri serta dilahirkan tanpa lubang dubur dan sedang menjalani
rawatan susulan berkala di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan Hospital
Taiping.
Malangnya, pembedahan
yang pada asalnya dijadualkan pada 10 Mac 2026 ini terpaksa ditangguhkan kerana keluarga
gagal mengumpul hampir RM6,000 bagi kos rawatan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Sham berkata, JKM turut menyalurkan bantuan segera secara sekali bayar (one-off) dan sedang dalam proses mempertimbang bantuan bulanan RM500 bagi menampung kos penjagaan termasuk susu khas, lampin pakai buang dan perbelanjaan rawatan susulan.
“Saya harap
pembedahan itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi memberi peluang
kepada kanak-kanak itu menjalani kehidupan selesa bersama keluarganya.,”
katanya. - KitaReporters