Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus komited pada program Teras 5K iaitu Kebajikan, Keilmuan, Keusahawanan, Kesejahteraan dan Kelestarian dalam memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan bantuan serta sokongan.

Narizan Nawawi (kiri), Hairil Yahri dan Dr Mohd Hafiz Fauzi menyerahkan cek contoh dan replika kunci bilik isolasi kepada Azman Rasman.
Lanjutan itu hasil kerjasama strategik antara Puspanita berkenaan dan EXIM Bank berjaya membina dua bilik isolasi serta beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2025 di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, Selangor.
Pengerusinya, Datin Narizan Nawawi, berkata bilik isolasi itu adalah untuk membantu PJMM mengatasi masalah warga emas yang dikategorikan nyanyuk tegar daripada bergerak bebas sehingga menganggu penghuni lain.

Hairil bersama kakitangan MITI beramah mesra dengan warga emas wanita di PJMM.
Menurutnya,
sebagaimana dimaklumkan pihak pengurusan PJMM, warga emas yang mengalami
masalah nyanyuk tegar sering mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni lain
termasuk dalam pergaulan serta gagal menguruskan diri sendiri.
Ini
berikutan tambahnya, pada masa sekarang, pusat jagaan itu turut menerima warga
emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau demensia, maka memerlukan
pengasingan khusus bagi membolehkan pihak pengurusan memberikan penjagaan
dengan lebih teratur dan efisien.
“Seperti agensi lain yang pernah membantu PJMM sebelum ini, Puspanita Cawangan MITI turut mengambil inisiatif sama dengan kerjasama EXIM Bank membangunkan bilik isolasi berkenaan sebagai meringankan bebanan operasinya apabila dibiayai sepenuh melalui sumbangan orang ramai serta organisasi.

Hairil menitipkan ucapan ringkas pada program itu.
“Pada tahun 2018, mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) arwah Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika itu yag hadir merasmikan Majlis Makan Malam PJMM selepas dimaklumkan pusat jagaan ini berada dalam keadaan kedaifan meluluskan peruntukan RM500,000 untuk tujuan penambahbaikan dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Manakala
isteri arwah Puan Sri Rohani iaitu Pengerusi Puspanita Kebangsaan ketika itu
turut meluluskan pembinaan sebuah bilik khas utuk wanita dengan peruntukan
RM53,000. Pusat Jagaan ini juga diambil sebagai anak angkat,” terangnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Santunan Kasih di PJMM dan juga di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PINH), Beranang, Selangor, yang merupakan anjuran MITI dan agensi dengan kerjasama Puspanita berkenaan serta Skuad Insan Madani MITI pada 13 Disember 2025.

Azmir (tiga dari kanan) melakukan gimik penyerahan sumbangan barangan asas keperluan harian hasil infak Skuad Ihsan Madani MITI dengan disertai Narizan, Hairil, Azman, Dr Mohd Hafiz, Mohiadin dan Muhammad Syafiq.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha MITI yang merangkap Penasihat Puspanita MITI, Dato’ Hairil Yahri; wakil EXIM Bank, Dr Mohd Hafiz Fauzi; Pengerusi Skuad Ihsan Madani, Azmir Musyabri; Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Penasihat PJMM, Mohiadin Bahado; Setiausaha PJMM, Muhammad Syafid Mohiadin; dan pegawai, kakitangan MITI serta EXIM Bank.
Program itu
merupakan sebagai simbolik majlis penyerahan kunci secara rasmi bilik isolasi kepada
PJMM hasil kerjasama strategik antara Puspanita Cawangan MITI dan EXIM Bank
di samping penyampaian sumbangan barangan asas keperluan harian oleh Skuad Ihsan
Madani untuk dua pusat jagaan berkenaan.
Narizan berharap PJMM yang beroperasi sejak 2016 dan sehingga kini menjaga serta mengurus 51 warga emas dapat meneruskan tanggungjawab serta amanah bersama 20 petugas yang berdedikasi bagi memastikan segala keperluan penghuni dipenuhi.

Azman memberi penerangan kepada Narizan dan kakitangan MITI mengenai warga emas yang uzur dan tidak mampu untuk bergerak.
Jelasnya, sumbangan
Puspanita, EXIM Bank dan Skuad Ihsan Madani sebagai tanda kasih sayang dan
ingatan tulus daripada MITI semoga ia dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya serta
dipelihara dengan penuh amanah.
“Kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk menjayakan inisiatif bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi keperluan PJMM dan PJNH ini amat disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih serta dapat menjadi contoh terbaik kepada agensi lain,” ujarnya.

Azmir mewakili Skuad Ihsan Madani MITI menyerahkan katalog 'chiller' sebagai simbolik menyumbangkan barangan elektrik itu kepada PJNH sambil diperhatikan Narizan dan Hairil.
Sementara itu, Hairil yang turut menitipkan ucapan pada program berkenaan menyarankan kakitangan MITI supaya tidak menangguh untuk berinfak kerana bersedekah adalah benteng daripada musibah serta menjadi saham akhirat di samping membuat pelbagai amal kebajikan.
Menurutnya,
program itu turut mendedahkan kepada kakitangan MITI mengenai nasib sebahagian
warga emas yang terabai dan terpaksa mencari tempat berlindung di pusat jagaan
tanpa kita sedari serta mereka amat memerlukan bantuan meneruskan kelangsungan
hidup.
“Saya berasa
amat bersyukur apabila EXIM Bank dapat bekerjasama membantu PJMM ini yang
secara tidak langsung menunjukkan rakan strategik terbaik untuk dijadikan
contoh kepada pihak lain dalam menyempurnakan program CSR.
“Kepada kakitangan MITI sendiri dalam sibuk melaksanakan amanah tugas harian tidak perlu menunggu berharta atau kaya untuk menginfak kerana kerja ibadah boleh dilakukan bila-bila masa yang penting berniat ikhlas apabila ia akan mendapat ganjaran daripada Allah swt,” ujarnya. - KitaReporters
Narizan, Hairil bersama pegawai, kakitangan MITI, EXIM Bank dan warga emas merakamkan kenangan di depan pintu utama PJMM pada Program Santunan Kasih.