Insan & Komuniti 31 Aug, 2025

Moh le yob! Kita minum Kopi Perak! Jenama baharu dalam pasaran! Sedap, segar! Untuk generasi muda!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Kopi sudah menjadi salah satu minuman kegemaran generasi muda atau generasi hipster. Ini terbukti dengan pelbagai pihak yang membuka bermacam-macam jenis kafe berjenama yang menjual pelbagai minuman berasaskan kopi. 


 



Dan kini terdapat usaha mempopularkan minuman Kopi Perak. Usaha itu dibuat bagi mempromosikan produk Kopi Perak kepada kalangan masyarakat di negeri ini.

Selain itu, Jabatan Pertanian Perak juga mempromosi Kopi Perak sebagai minuman pilihan kepada generasi muda. Ini terbukti dengan sudah ramai generasi muda memperkenal produk Kopi Perak dengan membuat café dan reruai ketika adanya program mempromosikan Kopi Perak.

Justeru itu, keistimewa Kopi Perak adalah rasanya yang setanding dengan kopi-kopi lain di pasaran.


Saarani Mohamad (kiri) bertanyakan sesuatu dengan peniaga kopi di Program Cerita Secangkir Kopi di Taiping.

Bagi memperhebat pemasaran Kopi Perak, satu program Cherita Secangkir Kopi Tahun 2025 diadakan di Dataran Warisan Taiping pada 30 Ogos 2025.

Melalui program ini, minuman kopi ini diberikan secara percuma utuk dinikmati pengunjung sebagai usaha mempromosikan produk baharu negeri Perak.

Selain menikmati keenakan Kopi Perak, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai penanaman kopi serta insentif yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi menyokong pengembangan industri ini.

Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis pokok kopi dan biji kopi sebelum dan selepas diproses menjadi secawan kopi.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pihaknya memberikan fokas kepada usahawan-usahawan Perak yang terlibat dalam F&B dengan memfokaskan kepada minuman kopi.

Menurut beliau, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah melontarkan idea bagi melahirkan Kopi Perak.

“Saya mengadakan program Secangkir Kopi dengan memilih daerah Larut Matang Selama, sebelum ini diadakan di daerah Kinta di Ipoh.

“Kelainan pada kali ini, kita mendedahkan dan memberikan tumpuan kepada Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET). 

"Ia mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda dan ada yang menjual kuih berasaskan kopi, sedap dan menyegarkan,” katanya ketika ditemui di Dataran Warisan Taiping.



Menurut beliau, bagi mendedahkan Kopi Perak, sebanyak 50 reruai dibuka kepada pengunjung bagi merasai kesegaran kopi.

Selain itu, turut diadakan program larian sejauh lima kilometer di sekitar Taman Tasik Taiping.

Salbiah menegaskan, kerajaan negeri mengakui kopi kini menjadi kegemaran generasi muda dan pembabitan beberapa usahawan dari Perak yang kini mempelopori Kopi Perak.

Katanya, Saarani sendiri mengakui Perak memang cukup dikenali sebagai ‘Syurga Kopi’ bukan sahaja kerana budaya dan pelancongannya, tetapi juga kerana lahirnya pengeluar kopi terkenal seperti Antong Kopi, Chek Hup dan OldTown White Coffee yang menjadi port lepak anak muda.

Katanya, Kopi Perak telah dilancarkan pada tahun lepas (2024) bersama Jabatan Pertanian dan Perak State Agriculture Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau Perak SADC).

“Semua ini menunjukkan Perak punya potensi besar dalam industri kopi dari ladang sehinggalah ke produk hiliran. Ia dapat membuka peluang ekonomi baharu untuk rakyat,” katanya.


Salbiah Mohamed (tengah) menunjukkan isyarat bagus selepas menghadiri Program Cerita Secangkir Kopi di Taiping.

Sementara itu, seorang pengunjung Roslan Hamid berkata, keenakan kopi yang dibawa khas oleh pemilik cafe menarik perhatian pengunjung.

“Saya selalu juga minum kopi dan rasa Kopi Perak berlainan berbanding dengan kopi lain di pasaran,” katanya.

Suri rumah Zaleha Ishak pula berkata, Kopi Perak boleh diketengahkan sebagai jenama baharu di negeri ini.

“Ia menarik kerana ada kelainan dari segi rasa dan kesegaran jika di minum. Saya menggemar minum kopi dan mahu mencuba Kopi Perak,” katanya yang pertama kali menikmati Kopi Perak yang dijual di sini.

Sehubungan itu, beliau mahukan Kopi Perak terus dipasarkan di seluruh negeri ini dengan memperhebat promosi produk tersebut. - KitaReporters


Ini sejenis pokok kopi yang dipamerkan di Program Cerita Secangkir Kopi di Taiping

12
9
0
11
0
You will be interested