MUNGKIN kelihatan sama yang menyebabkan seorang warga di Utah, Amerika Syarikat (AS) bertindak menelan satu daripada fon telinga Airpods miliknya berikutan merasakan alatan berkenaan sebagai vitamin.
Memetik ABC News pada 17 September 2023, kejadian yang tidak disangka itu berlaku kepada Tanna Barker ketika bersiar-siar di kawasan taman berhampiran rumahnya.
Wanita berusia 52 tahun itu menjelaskan dia terserempak dengan rakan lama menyebabkan dia kemudian menanggalkan salah satu daripada fon telinga berkenaan berikutan mahu mendengar perbualan dengan lebih jelas.
“Pada masa sama, saya juga mengambil ‘vitamin’ dan
memasukkan ke dalam mulut.
“Tidak lama selepas itu, baru menyedari vitamin sebenar masih berada di dalam tangannya dan yang ditelan itu adalah fon telinga,” Kongsi yang menyifatkan kejadian yang berlaku kepada sebagai perkara yang melucukan.
Katanya dia kemudian terus menghubungi pihak kecemasan dan beberapa rakan bagi mendapat nasihat dan tindakan yang sesuai dilakukan .
Namun akuinya ketika itu dia mengakui sedikit cemas namun masih bertindak bersahaja supaya tidak mencemaskan keadaan.
“Kesemuanya memberikan saranan yang sama iaitu menyuruh saya membiarkan ia keluar sendiri,” jelasnya.
Pengalaman lucu itu yang dikongsi sendiri oleh Barker menerusi video yang dikongsi dalam TikTok menjadi tular dan ditonton lebih 3.6 juta kali.
Malah kejadian yang berlaku kepada wanita itu bukanlah yang pertama kali berlaku.
Pada 2021, seorang lagi wanita di AS pernah berdepan situasi sama dan paling memeranjatkan apabila Airpods itu masih berfungsi dengan baik dan berjaya merakam bunyi di dalam perutnya.
Pelikkan tapi itulah yang berlaku... semoga kita semua lebih fokus tidak kira dalam juga kerja yang dilakukan. - KitaReporters