LAZIMNYA hubungan ibu bapa dan anak perempuan boleh dikatakan sangat akrab, lagi-lagi anak perempuan tersebut adalah anak tunggal dalam keluarga menyebabkan setiap kemahuan dan permintaannya pasti dituruti.
Namun di India, hanya kerana mahu mengekalkan status keluarga dan kasta, sepasangan suami isteri didakwa tergamak menembak mati anak perempuannya sendiri.
Lagi kisah-kisah berkaitan jenayah pembunuhan kejam
Memetik laporan BBC, lebih dahsyat mayat anak perempuan itu dipotong dan dibungkus dengan plastik sebelum disumbat ke dalam sebuah bagasi besar berwarna merah dan ‘membuang’ bagasi berkenaan berhampiran sebuah lebuh raya di Mathura, di negeri Uttar Pradesh, India, pada 17 November 2022, lalu.
Bagaimanapun perbuatan kejam ibu bapa remaja tersebut berjaya dikesan oleh pasukan polis dan menahan pasangan berkenaan berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan.
Namun tertuduh, Nitesh Kumar Yadav dan isterinya, Brajbala hanya mendiamkan diri tanpa mengaku dan bertanggungjawab dengan perbuatan tersebut.
Polis mendakwa tindakan kejam sepasang suami isteri berkenaan sebagai pembunuhan maruah - jenayah yang dilakukan terhadap individu yang melanggar tradisi lama.
Mangsa kebanyakannya adalah pasangan muda yang jatuh cinta atau berkahwin bertentangan dengan kehendak keluarga atau di luar kasta mereka.
Malah, hasil pemeriksaan polis, mangsa, Aayushi Chaudhary yang berusia 22 tahun dan sedang menuntut di sebuah kolej di New Delhi dikatakan bertegas mahu bernikah dengan rakan sekelasnya. Namun ditentang hebat oleh keluarga Aayushi berikutan berlainan kasta.
Bagaimanapun polis mendakwa suspek menentang keras dengan hasrat anak daranya menyebabkan dia berang sebelum bertindak menembak mati anak perempuan sendiri .
Malah polis turut mendakwa bagi mengelak kejadian tersebut diketahui umum, suspek kemudian memotong mayat dan membalutnya sebelum melempar mayat anak perempuannya itu di Lebuh Raya Yamuna pada sebelah malam kejadian.
Hasil bedah siasat ke atas jenazah mendapati ada kesan kecederaan pada bahagian muka, kepala dan beberapa bahagian anggota badan wanita muda berkenaan.
Malah polis mengesahkan wanita muda berusia 22 tahun itu mati akibat ditembak sebanyak dua kali pada bahagian dadanya.
Tergamak sungguh! Kerana kasta hilang nyawa anak yang ditatang dan dijaga sejak kecil.
Apa salahnya jika berbincang dengan baik pasti akan ada penyelesaian, tetapi disebabkan tidak sabar menyebabkan pasangan suami isteri kini ditahan oleh polis.
Malah tak mustahil sisa hidupnya juga akan dihabiskan di dalsel penjara angkara tindakannya sendiri. - KitaReporters