Insan & Komuniti 11 Sep, 2022

Macam mana ni? Dulu rakan sekolah, kini bapa tiriku! Ibu kahwin kali kedua dengan lelaki lebih muda!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this


SEORANG wanita berkongsi saat-saat indah perkahwinan kedua ibu kesayangannya dalam aplikasi TikTok dan lebih istimewa video tersebut viral sehingga mencecah tontonan lebih 5.4 juta sejak Februari 2022 lepas.

Apa yang istimewanya tentang perkahwinan ini? Rupa-rupanya pengantin lelaki yang berjaya memikat hati ibunya itu adalah rakan satu sekolah rendah.


Lagi cerita-cerita menarik berkahwin suami muda

 


"Mak 44 tahun. Ayah baru 29 tahun. Satu sekolah rendah dulu. Selamat pengantin baru mak," tulis akaun TikTok @loyssss1 yang dimiliki Fatin Farina Azizan, 26, dari Sungai Petani, Kedah.

Hantaran Fatin Farina yang juga merupakan ibu anak dua ini jadi sohor serta merta apatah lagi wanita ini bercerita betapa dia agak kekok yang memanggil ayah kepada lelaki berkenaan yang cuma tiga tahun tua daripadanya.



Fatin ketika dihubungi wartawan KitaReporter memberitahu,  dia tidak menyangka video TikTok itu tular sehingga meraih tontonan sebanyak itu sejak perkahwinan ibunya itu pada Februari 2022.

“Saya suka-suka saja tak sangka tular pula,” katanya.

Menurut Fatin, walaupun pada mulanya membantah perkahwinan ibunya itu namun reda setelah melihat keikhlasan kasih sayang bapa tirinya itu yang juga sangat rapat dengan arwah bapanya dulu.

“Mula memang bantah sebab muda sangat bapa tiri saya ini tua tiga tahun sahaja daripada saya. Lagi pun saya risau kerana tidak tahu sejauh mana keikhlasan dia terhadap mak saya. 

"Lama kelamaan saya terima kerana yakin dia dapat menjaga mak dengan baik,” kata Fatin lagi.


 


Ibunya pula, Hasimah Ahmad, 44, dari Kulim, Kedah berkata, dia menerima lamaran suaminya, Muhammad Akimi Ikmal, 29, kerana keikhlasan lelaki itu untuk mengahwininya.

Menurut suri rumah ini, dia dilamar oleh suaminya itu pada November 2021 lepas setelah dua bulan bercinta lewat perkenalan melalui laman Facebook.

“Perkenalan kami bermula dalam Facebook apabila suami menghantar permintaan untuk menjadi rakan saya walaupun hakikatnya, saya sudah lama mengenali dia kerana suami adalah anak kepada rakan baik arwah suami, Azizan Salleh, 56.

“Dari situ kami mula rapat dan pada November suami suarakan hasrat nak mengahwini saya. Mula memang terkejut kerana bimbang keluarganya akan bantah tetapi Alhamdulillah mereka terima saya. Kami berkahwin 2 Februari (2022) lepas,” katanya.



Hasimah mengakui perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada Fatin Farina kerana faktor jarak umur 15 tahun itu.

“Bila saya beri tahu kami akan berkahwin, Fatin memang tak setuju kerana dia dan suami hampir sebaya. Tetapi lama-lama setelah tengok keikhlasan suami terutama layanannya terhadap kami sekeluarga, dia yang jadi teruja lebih.

“Semua persiapan untuk perkahwinan dulu, Fatin yang rancang dan aturkan dari mula sampai habis,” katanya.

Ini perkahwinan kedua Hasimah yang kematian suami dua tahun lepas akibat kanser limfoma.

Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya memuji dan mengucapkan selamat pengantin baharu kepada mereka.

“Jodoh itu rahsia Allah,” tulis Hanis.

“Umur hanya angka… semoga berkekalan hingga Jannah,” kata Ann. - KitaReporters


9
9
0
9
0
You will be interested