Insan & Komuniti 24 Jan, 2023

Tahniah Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia! Ulang tahun ke-50 penubuhan! Disambut sederhana, santai!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Peserta yang hadir meraikan sambutan ulang tahun ke-50 PPKM


SAMBUTAN Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) memberi peluang kepada ahli mengingati perjuangan mereka bersusah payah menubuhkan persatuan bagi menggabungkan pesara kerajaan dalam satu gabungan untuk membela nasib bekas penjawat awam. 

PPKM yang ditubuhkan pada 24 September 1972 yang dihadiri 400 orang pesara dengan Presiden pertamanya Tan Sri Abdul Jamil Rais satu-satunya persatuan untuk pesara yang masih aktif dan mempunyai cawangan di seluruh negara  menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan ahli.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesara-pesara

 Peserta bergambar kenangan di Masjid Haji Abd Rahman Limbong


Sayed Abu Bakar Abdullah


PPKM Bahagian Negeri Terengganu tidak ketinggalan meraikan sambutan ulang tahun tersebut dengan mengadakan program secara sederhana dan santai sesuai dengan usia ahli yang sudah berusia dan berstatus warga emas. 

Program yang berlangsung di Kompleks Desa Taqwa,Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 20 Januari 2023 mengumpul 70 ahli mewakili seluruh daerah negeri itu.

Yang Dipertua PPKM Bahagian Negeri Terengganu, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah berkata, program tersebut bertujuan membangkitkan semangat dan kesedaran ahli terhadap persatuan itu yang banyak membela nasib ahli sejak ia ditubuhkan pada 1972.


Peserta menyertai acara senaman ringan


Katanya, pemilihan Daerah Hulu Terengganu untuk penganjuran program itu mengambil kira daerah itu mempunyai banyak peninggalan sejarah bangsa terutama kepada rakyat Negeri Terengganu.

Katanya, program sehari walaupun singkat tetapi pengisiannya amat bermakna kepada setiap peserta yang berpeluang hadir pada sesi jaduan yang diatur penganjur.

Antara pengisian program termasuklah taklimat sejarah penubuhan persatuan, perceritaan tokoh perjuang,Haji Abdul Rahman Limbong, majlis tahlil, senaman ringan,  pemeriksaan kesihatan, demotrasi masakan dan kuliah agama.


Acara berjalan kaki


Kuliah agama


“Menerusi program tersebut yang dijalankan secara santai dan ringan ia dapat diikuti sepenuhnya oleh setiap peserta sebahagian besarnya sudah berusia,” katanya.

Ketika ini,katanya, PPKM Bahagian Negeri Terengganu mempunyai lebih 3,000 ahli yang disertai oleh bekas penjawat awam  daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sama ada negeri dan persekutuan. 

“Kami juga mempunyai rangkaian PPKM meliputi semua lapan daerah di negeri itu dan masing-masing menjalankan aktiviti sepanjang masa untuk faedah ahli dan komuniti setempat,” katanya. - KitaReporters


Peserta mengikuti taklimat penubuhan persatuan


Peserta menjalani pemeriksaan kesihatan percuma

11
15
1
10
1
You will be interested