Insan & Komuniti 17 Jan, 2023

Tahniah Kampung Luar, Mukim Siong, Baling! Berjaya anjur Hari Keluarga & Hari 3K! Pupuk rasa ukhuwah!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this


PERSATUAN Kampung Luar, Mukim Siong di Baling berjaya mengadakan Hari Keluarga & Hari 3K dalam usaha mewujudkan hubungan baik sesama penduduk pada 19 Disember 2022.

Turut menyertai aktiviti penduduk itu termasuk Pejabat Kesihatan Kampung Lalang, Mukim Siong Baling yang turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, pihak PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bomba daerah Baling, Jabatan Pengangkutaan Jalan (JPJ) dan JAS Vision.
Progrm bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bayu, Abdul Nasir Idris.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga & Hari 3K, Zurina Hashim, 32, tujuan program itu adalah untuk merapatkan hubungan penduduk, memberi semangat pada Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga & Hari 3K agar lebih tekun untuk bekerja dalam persatuan, di samping saling menolong antara satu sama lain 
Juga untuk memupuk sikap hormat menghormati dalam jalinan ukhwah yang dibina serta dapat mengenali ahli-ahli keluarga persatuan dengan lebih dekat lagi secara bersemuka.


Pengisian program itu termasuk penglibatan penduduk dalam acara sukan, antaranya berjalan di atas tempurung kelapa, lontaran buah kelapa pada botol sasaran ala-ala boling, mencari barang tersembunyi dan berbagai-bagai lagi acara sukan rakyat diadakan sempena program itu.
Program itu diadakan di kawasan Dataran Tok Wan Sungai Pam Kampong Luar di Siong, Baling merupakan kawasan perkelahan yang menyediakan kemudahan chalet, kolam renang, dewan dan penyediaan makanan tempatan pada pengunjung yang menginap di kawasan tersebut.


Menurut Zurina, penyertaan golongan remaja dan golongan dewasa berjaya mewujudkan elemen kasih sayang dan  rasa hormat dalam kalangan sesama penduduk.
Jelasnya, lebih 500 penduduk terbabit dalam program itu yang menjadikannya satu-satunya kampung di daerah ini yang berjaya mengadakan aktiviti saperti itu yang turut disokong oleh agensi kerajaan dan pihak swasta.
KitaReporter dimaklumkan bahawa lima kawah nasi dan enam kawah gulai daging bercampur ubi kentang, kerabu, acar dan ikan masin goreng berjaya dimasak secara gotong royong oleh penduduk tempatan untuk jamuan penduduk dan tetamu jemputan. - KitaReporters


14
14
0
10
0
You will be interested