Insan & Komuniti 07 Jul, 2023

Video| Waris Kiyai Salleh berkumpul! Lebih 250 hadiri perjumpaan! Di rumah pusaka berusia 100 tahun!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


TIDUR berselerak dan bergelimpangan di ruang tamu seperti dahulu di atas rumah pusaka mengamit banyak kenangan silam kepada anak, cucu dan cicit Allahyarham Kiyai Salleh Abdul Syukur dalam program perjumpaan keluarga yang diadakan pada 1 Julai 2023.

Program itu berlangsung di Kampung Parit Kaseh Sayang, Senggarang, Batu Pahat, Johor untuk menghimpunkan semula lebih 250 waris Allahyarham Kiyai Salleh sehingga generasi keenam yang berada di seluruh negara termasuk dari Selangor, Melaka, Pahang dan juga Johor.



Cucu Allahyarham Kiyai Salleh, Harolhanam Mohamed Wahid, berkata program julung kali itu diadakan atas inisiatif bapa saudara beliau iaitu Muslimin Salleh yang merupakan satu-satunya anak Allahyarham datuknya yang masih hidup daripada lapan adik-beradik.

Menurutnya, bersempena Hari Raya Aidiladha, bapa saudaranya itu memaklumkan supaya diadakan satu perjumpaan buat semua waris Allahyarham Kiyai Salleh di atas rumah pusaka berkenaan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga di samping dapat mengimbaukan semula kenangan masa kecil dahulu.  

“Selepas mendapat persetujuan semua waris bersetuju program diadakan di rumah pusaka ini walaupun kecil kami tidak kisah kerana masih kanak-kanak pernah tidur berhimpit-himpit dengan disaksikan oleh Allahyarham datuk penuh sayu,” katanya. 


Cucu Allahyarham Kiyai Salleh, Turun Magrom dari Kluang, Johor antara wakil keluarga menyampaikan ucapan pada program berkenaan.


Sempena program berkenaan, telah diadakan majlis bacaan Yasin serta tahlil untuk Allahyarham Kiyai Salleh dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia diikuti pelbagai aktiviti seperti sukaneka, cabutan nombor bertuah disamping jamuan ringan bagi memberi peluang semua waris bersua muka untuk bertanya khabar.

Harolhanam berkata, mereka tidak memilih hotel sebagai lokasi perjumpaan itu kerana bagi memberi peluang kepada cucu serta cicit mengingatikan kembali tempat Allahyarham bersujud menunaikan solat, mengaji, tidur atau berbaring ketika hayatnya. 

Menurutnya, bagi sesetengah cucu apatah lagi cicit tidak berkesempatan untuk bermanja dengan Allahyarham ketika hidupnya dan mereka hanya mendengar cerita daripada orang terdekat atau melihat gambar dalam album sahaja. 


Anak, cucu dan cicit Allahyarham Kiyai Salleh Abdul Syukur berkumpul pada Program Perjumpaan Keluarga di rumah pusaka yang terletak di Kampung Parit Kaseh Sayang, Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 1 Julai 2023.


Tambahnya, mendapat gelaran Kiyai, Allahyarham cukup menitikberatkan didikan agama kepada anak-anaknya yang selalu diingati supaya perkara itu terus disebarkan atau diberi asuhan kepada cucu serta cicit beliau.

Terkesan program itu jelasnya, dalam kesibukan ‘rewang’ menyiapkan jamuan untuk waris semua, antara kami berpandangan sayu apabila dapat hadir dan berkumpul di dalam rumah pusaka kerana masih kekal dengan binaan asal rumah tradisional menjangkau usia 100 tahun yang masih wujud di kampung berkenaan.


Majlis bacaan yasin dan tahlil turut diadakan pada program itu.


“Masih jelas pada ingatan waris semua di halaman rumah inilah tempat kami bermain berkejar-kejaran apabila pulang bersama ahli keluarga pada musim cuti sekolah atau menyambut hari raya dan sebagainya.

“Allahyarham masih itu tidak petah untuk melayani semua anak atau cucu kerana terlalu gembira apabila kami pulang menjenguknya walaupun menetap jauh dari kampung sanggup datang menyantuni dia.

“Sebelum bersurai kami semua bersetuju untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan supaya waris yang menetap di kampung ini khusus bapa saudara kami Muslimin tidak berasa kesunyian kerana masih ada anak saudara serta cucu sedia menyantuninya,” ujar Harolhanam. - KitaReporters


Antara pemenang cabutan bertuah yang diadakan bagi memeriahkan program perjumpaan itu.


Waris ahli keluarga Allahyarham Kiyai Salleh beramah mesra sambil menjamu selera dalam majlis jamuan yang diadakan.

29
10
0
19
0
You will be interested