Insan & Komuniti 02 Feb, 2024

Inisiatif Wo Ai Ni! Demi kasih sayang! Yayasan Mr DIY sebar kegembiraan untuk rai Tahun Baharu Cina!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Sukarelawan Mr DIY Cares di Sang Riang Senior Citizen's Home, Teriang di Pahang


Semuanya tentang kasih sayang pada Tahun Baharu Cina ini oleh Yayasan Mr DIY. Yayasan tersebut baru-baru ini melancarkan inisiatif ‘Wo Ai Ni’, menyebarkan kegembiraan musim perayaan ke-17 rumah kebajikan di seluruh negara.

Usaha itu dimulakan dengan konvoi lori Mr DIY yang membawa kotak penjagaan 'Wo Ai Ni' berbaris dalam formasi 'I Love You', yang menarik perhatian pengguna media sosial. 

Para sukarelawan daripada Yayasan tersebut yang dikenali sebagai pasukan Mr DIY Cares, telah menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan bagi individu kurang upaya, dengan menghantar kotak-kotak 'Wo Ai Ni' yang berisi barangan bertemakan Tahun Baharu Cina dan barangan keperluan harian. 

Antara rumah-rumah yang dilawati termasuklah Dual Blessing Home di Kuala Lumpur, Beautiful Gate Foundation For The Disabled, dan Malaysia Independent Living Association for Disabled (MILAD), kedua-duanya terletak di Petaling Jaya, Selangor.


Alex Goh (enam dari kiri) dan sukarelawan Mr DIY Cares menyerahkan sumbangan Yayasan Mr DIY kepada Stanley Yap (enam dari kanan) Setiausaha Persatuan Kebajikan Orang-orang Tua Bahagia Selangor.


Para sukarelawan juga melawat Persatuan Kebajikan Orang-orang Tua Bahagia Selangor di Petaling Jaya untuk menyambut musim perayaan dengan penduduk warga emas. 

Ia merupakan satu petang yang penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan di mana para sukarelawan mengadakan permainan dan sesi tarian, membantu penduduk di situ menghias rumah dengan hiasan Tahun Baharu Cina, dan mengadakan sesi 'Lou Sang' dan upacara minum teh. 

Rumah kebajikan tersebut juga menerima RM1,000 dalam baucar tunai Mr DIY yang disampaikan oleh Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh untuk digunakan bagi membeli keperluan rumah.

Mengulas tentang inisiatif itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata, “Tahun Baharu Cina adalah masa untuk mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan keluarga dan rakan-rakan. 

"Misi kami adalah untuk menjadikan Tahun Baharu Cina kali ini lebih istimewa dengan menyemai semangat 'Ai (Kasih Sayang)' ke dalam perayaan melalui inisiatif ‘Wo Ai Ni’ kami, selain turut meraikan rasa sayang dan belas kasihan yang dirasai rakyat Malaysia antara satu sama lain.”

Yayasan Mr DIY juga menyampaikan inisiatif ‘Wo Ai Ni’ kepada 13 rumah kebajikan dan organisasi lain di seluruh Malaysia. 

“Kami berterima kasih kepada 17 rumah kebajikan ini kerana membolehkan pasukan Mr DIY Cares membawa perubahan yang positif kepada para penghuni mereka. 

"Bersama-sama, kita mampu menghasilkan perubahan yang sebenar. Kami berharap dengan berbuat demikian, kita bukan hanya memberikan impak yang positif, tetapi juga memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk mengorak langkah yang sama,” kata Zaleha. - KitaReporters/Kenyataan Media


Yayasan Mr DIY menyerahkan sumbangan inisiatif Wo Ai Ni sempena Tahun Baharu Cina kepada Charis Old Folks Home di Mantin, Negeri Sembilan.

10
10
0
7
0
You will be interested