Baru berusia 10 tahun dan berada di darjah lima sekolah rendah, namun mempunyai ketinggian 174 cm (5 kaki 7 inci) iaitu seperti wanita dewasa. Tubuh luar biasa berbanding usianya membuat kanak-kanak bernama Syahqira Yori Armando mendapat perhatian di Indonesia.
Dengan ketinggian yang melebihi ketinggian wanita biasa menyebabkan Syahqira dianggap sebagai guru apabila memakai pakaian sukan dan bergaul dengan rakan-rakannya.
Syahqira tular setelah video dia muncul dalam pertandingan jalan bergerak di kampungnya sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia ke-79 pada Sabtu, 17 Ogos 2024 yang dimuat naik dalam sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik.
Syahqira yang bercita-cita menjadi polis tidak rasa tersinggung jika keadaan tubuhnya yang luar biasa itu menjadi perhatian ramai.
Menurut ayah, Yogi Armando dan ibu, Ririk Anggraini, pertumbuhan tubuh Syahqira sudah dikesan sejak lahir. Ketika lahir panjang tubuhnya adalah 60 cm (1 kaki 9 inci) yang menurut doktor di atas kebiasaan tubuh bayi yang dilahirkan.
Syahqira makan sama seperti yang dimakan oleh ibu bapa dan adiknya, namun tubuhnya terus membesar. Kedua-dua ibu bapa berharap Syahqira akan menjadi manusia berguna serta berjaya dalam kariernya.