Musairi bersama isteri pertama (kiri) dan isteri kedua.
Ramai kaum lelaki berpendapat untuk berkahwin dua perlu mempunyai harta dan sejumlah kewangan yang kukuh.
Namun pendapat itu tidak sentiasa tepat kerana masih terdapat lelaki yang mampu hidup berpoligami dalam keadaan hidup seadanya.
Dia sudah hidup berpoligami sejak empat tahun lalu. Isteri keduanya lebih tua daripada isteri pertamanya.
Isteri pertama berusia 25 tahun sementara isteri kedua berusia 30 tahun. Namun kedua-dua perkahwinan masih tidak mempunyai anak.
Kisah Busairi berpoligami ini tular setelah ia dimuat naik seorang Youtuber dalam Marwan Black Channel.
Pemilik channel bernama Marwan mendapat keizinan Busairi untuk menemu bualnya dan memaparkan keadaan rumah uzurnya. Malangnya ketika rakaman dijalankan isteri kedua tiada di rumah, pergi ke rumah saudara.
Dalam temu bual itu Busairi menyatakan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia cuma melakukan kerja-kerja sambilan, di samping membantu ibunya berjualan makanan ringan.
Selain itu Busairi juga menjadi perawat tradisional jika ada pesakit.
Dia tidak mempunyai tanah dan hanya menumpang membuat teratak uzur di atas tanah milik bapanya. Dia cuma memiliki dua ekor lembu yang dijaga bersama isterinya.
Tambahnya, dia hanya hidup berpoligami setelah mendapat keizinan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Saliah.
Menurut Busairi, dia bersyukur apabila kedua-dua isterinya mampu hidup rukun dalam pondok yang serba sederhana.
Dia berpesan agar isteri-isteri saling bermaafan jika salah satu melakukan kesalahan. Ketika ditanya Youtuber apa makjun yang dimakan untuk sentiasa perkasa, Busairi berkata dia cuma banyak berzikir.
Di teratak itu terdapat dua katil yang terbuka, masing-masing untuk isteri pertama dan kedua. Dia tidur secara bergiliran iaitu setiap dua hari. Ketika bersama dengan isteri mereka akan menutup kelambu sementara isteri yang satu lagi tidak akan melihat.
Tugas memasak di dapur dengan bahannya kayu api diserah kepada isteri kedua, sementara isteri pertama membuat kerja memotong rumput untuk lembu peliharaan.
Dalam soal nafkah wang, isteri pertama lebih mengalah dengan rela Busairi menyerah kepada isteri kedua jika tidak mempunyai wang yang cukup.
Kerukunan hidup berpoligami ini dicemburui penduduk kampung yang sebahagiannya mempunyai hubungan saudara dengan Musairi.