Insan & Komuniti 05 Jun, 2020

Wanita terjerlus dalam lubang tandas! Macam mana boleh jadi?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PERKONGSIAN dari Instagram Friends Of Bomba Malaysia mengenai kisah seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang terjerlus ke dalam lubang tandas sehingga paras dada, mengejut dan meninggalkan persoalan kepada netizen. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wanita tersebut boleh terjerlus ke dalam lubang tandas sehingga paras dada. Nasib baik tidak terjerlus hingga ke paras kepala. : KitaReporters


Keadaan Mangsa yang terjerlus ke dalam lubang tandas hingga paras dada.


Malah, ada yang menganggap kejadian itu seperti tidak logik walaupun kenyataannya ia benar-benar berlaku.

“Ya Allah! Macam tak logik je. Mujur ada gambar. Terdiam jugalah memikirkannya. Tahniah bomba!” tulis salah seorang netizen.

Ramai seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku.


Manakala seorang lagi tertanya-tanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan lubang tandas tidaklah sebesar mana.

“Kejap, macam mana mangsa boleh terjerlus masuk ke lubang tandas? Kan kecil je lubang tu,” tanya netizen tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas seterusnya menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan.



Dipercayai wanita tersebut merupakan pesakit mental.

Menurut laporan Balai Bomba Bukit Katil (BKL), Melaka, kejadian itu berlaku di sebuah Rumah Sakit Jiwa, Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil di Melaka. - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested