Insan & Komuniti 31 May, 2020

Sambut hari jadi! Noorkhiriah wakaf MPV-nya jadi van jenazah

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON dan pelawak Noorkhiriah Ahmad Shapie, 41, telah mewakafkan kenderaan serba guna (MPV) jenama Hyundai kesayangannya sebagai van jenazah. Ia adalah sebagai salah satu bentuk sumbangan amal bagi mendapat bekalan akhirat baginya yang menyambut hari lahir ke-41 pada 18 April 2020. : KitaReporters


Kenderaan itu akan diubah suai sebagai van jenazah dan memberi perkhidmatan secara percuma.

Perkara ini dinyata oleh pelakon yang popular dalam drama Nur yang sedang ditayang semula oleh TV3 ini dalam akaun Instagramnya @khiriah17.


"Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan belakang ini van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan. Perkhidmatan percuma van jenazah @nurbykhiriah. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu. Terima kasih pada yang menyumbang," kongsinya menerusi satu entri dalam Instagramnya.



Menurut Noorkhiriah lagi, tindakan yang dibuat itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak: 

"Akak tak kaya tetapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua. 

"Setakat cerita kat tv tu jangan cerita, jangan kira dosa pahala orang lain.. semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan diri sendiri," katanya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya: "Alhamdulillah, jangka masa panjang saham akhirat akak. 

"Mulianya hatimu kak. Semoga dimudahkan segala urusan. 

"Masya-Allah! Moga mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah," tulis sebahagian pengikutnya.


Noorkhiriah mula terlibat dalam bidang lakonan sejak tahun 1999 dan boleh berlakon dalam drama serius dan komedi.

Dia pernah memenangi Anugerah Skrin 2007 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. 

Dia turut memenangi tiga tahun berturut-turut bagi Pelakon Komedi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH tahun 2019, 2010 dan 2011.

Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtar pada 11 November 2006 dan mempunyai dua anak lelaki Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nookhiriah  mendekati urusan agama dan hanya berlakon dalam drama yang membolehkan dia menutup aurat dan drama yang mempunyai kesan positif kepada masyarakat, contohnya drama ‘Nur 1’ dan ‘Nur 2’ yang sedang ditayang semula di TV3. - KitaReporters

Nookhiriah bersama suami dan anak-anak


@khiriah17 : Akak ni mmg mudah thibur..dapat beg gini pun akak dah suka sangat apatah lagi isi dalam beg ittttu,dah mcm nak ajak berniaga banyaknya..tkasih @bananasalaicrispyhq belanja akak pisang salai ini..nanti akak makan yerrr😎

5
0
0
0
0
You will be interested