Insan & Komuniti 07 Jul, 2021

Minta sumbangan pampers! Tapi memilih! Tak nak brand cap ayam! Nanti mengerutu pula kulit anak!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


"Ko simpan jelah pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, pergi mampossss!" Apabila niat baik untuk menolong mereka yang berada dalam kesusahan, tiba-tiba begini pula ayat yang diterima daripada seorang suri rumah terhadap wanita yang menawarkan bantuan lampin pakai buang dalam media sosial.

Ini bukanlah cerita drama jam tujuh petang atau telemovie baharu kaca televisyen, sebaliknya ia kisah benar yang terjadi pada kala ramai orang yang sedang terhimpit dengan impak negatif pandemik Covid-19 ini.

Baru-baru ini viral dalam media sosial gambar tangkap layar perbualan WhatsApp antara 'pemohon bantuan' dengan pemberi bantuan lampin pakai buang dalam Facebook.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lampin pakai buang



Kisahnya bermula apabila seorang suri rumah menghubungi wanita ini untuk memohon bantuan pampers jenama mahal bagi anaknya.

Kebiasaannya, para penerima bantuan asas hidup tidak akan sesekali memilih jenis bantuan yang diberikan, kerana masing-masing berada dalam kesempitan untuk meneruskan hidup berbaki.

Namun tidak bagi suri rumah ini yang permintaannya itu benar-benar mengundang pelbagai persoalan di fikiran, apatah lagi beliau sanggup bertanya apakah anaknya hanya boleh memakai pampers jenama tersebut, tanpa boleh dipilih-pilih jenama kesukaan?

Suri rumah itu memberi alasan pampers jenama tersebut tahan bocor dan anak perempuannya yang berusia lima tahun hanya selesa memakai jenama mahal.

"Oh sebab biasa sumbangan ikut kemampuan pada dana penyumbang sis," balas pemberi bantuan.



Tidak dinyatakan pula apa perbualan selanjutnya, tetapi suri rumah itu mula bengang apabila mengetahui mesejnya itu diviralkan dalam media sosial, lalu bertindak menghantar mesej kepada pemberi bantuan dengan kata-kata yang kurang sopan selepas itu.

"Aku baca kau viralkan pasal aku mohon bantuan pampers kat Facebook. Untuk pengetahuan, aku tak kisah pun orang nak kecam aku malas ke, apa ke, buat apa aku nak susahkan diri kalau boleh senangkan hidup?

"Dah anak aku boleh pakai pampers, buat apa aku susah payah nak melayan ajar bebas pampers? Cari penat buat apa? Sebab tu aku tak perlukan nasihat dari kau. Kalau aku nak ajar anak aku tu, aku dah buat. Tak perlu nak minta bantuan kau pun.

"Mak yang sanggup menyusahkan diri je bodoh nak buat semua tu. Hei, lantaklah aku nak anak aku pakai pampers sampai umur tua bangka sekali pun. Anak aku kan, aku punya sukalah. Tak ada duit nak bagi pampers branded yang anak aku pakai, cakap je lah.

"Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni, nanti mengerutu pula kulit anak aku. Tak mampu bagi, cakap je siang-siang. Ramai lagi NGO lain yang mampu bagilah. Sikit pun aku tak heran," tulisnya dalam WhatsApp tersebut.



Ternyata tindakan suri rumah tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen yang membacanya. Bagi netizen, suri rumah itu seorang yang tidak beradab, miskin budi bahasa dan tidak pernah tahu bersyukur dengan pemberian.

"Kita nak tahu yang meminta itu sejenis ada usaha atau tidak, tengok cara bila dia meminta dan menerima. Ibu yang ini, jelas sekali dia adalah spesis pemalas," kata pemilik akaun facebook bernama Suhaila.

"Dia sangat bertenang untuk berhadapan deengan situasi anak tak cerai diaper. Dia tak tahu, ramai ibu bapa gelabah katak sebab anak dah umur empat tahun tapi tak cerai diapers 100 peratus. Syabas. Tapi itulah, NGO mana yang boleh setenang itu melayannya. Kalau ada yang nak bagi, mohon sekolahkan sikit maknya ini," ujar akaun facebook bernama Cahaya.

"Manusia macam inilah yang membuatkan NGO dan orang-orang yang memberi bantuan jadi patah semangat. Jenis demand brand. Usahalah sendiri, jangan meminta bantuan deengan orang. Ramai lagi yang memerlukan, yang terlebih afdal dibantu. Ini tak, sejenis manusia yang mementingkan diri," kata Asliza.

Kita berharap kisah ini dapat menjadi pedoman dan pengajaran bermakna untuk semua, terutama dalam keadaan dunia berhadapan pandemik yang tidak menentu.

Dalam keadaan sebegini, wajarlah kita sentiasa mensyukuri dengan apa yang ada kerana ia bukanlah situasi yang diinggini kita bersama. - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested