Bose menunjukkan bayaran yang diterima sebagai peguam dalam satu pembentangan kes. - Kredit gambar: Facebook Noel Allen Bose.
DALAM keadaan warga dunia yang dilanda kesempitan wang dan harta benda, seorang peguam di Filipina memuat naik kisahnya yang menerima `bayaran` wang guaman dalam bentuk yang istimewa, seikat ketam.
Peguam Noel Allen Bose dari Sorsogon City, berkongsi gambar dalam Facebooknya yang kemudian ditularkan ke seluruh dunia kerana dia mungkin antara cerdik pandai dalam bidang undang-undang yang secara suka hati menerima hadiah istimewa itu!..
Bose berkongsi kisah dan gambarnya selepas selesai satu kes yang dibentangkan di mahkamah di Sorsogon, pelanggannya mendatanginya dan memutuskan untuk membayar caj guaman itu dengan seikat ketam selepas dia tidak cukup wang.
Bose dengan tidak banyak `berhujah` di luar mahkamah untuk mempersoalkan soal bayaran kerjanya, terus meluahkan rasa gembiranya menerima bayaran yang unik itu dan kemudian berkongsi gambarnya yang diambilnya dalam laman Facebook.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ketam
Noel Allen Bose. - Kredit foto: FB Noel Allen Bose
Portal World Of Buzz melaporkan Bose bergambar di depan mahkamah sambil tersenyum bangga memegang seikat ketam yang jadi upah kerjanya hari itu sebagai peguam dengan sebelah tangannya masih lagi memegang beg bimbitnya.
Keterangan gambar yang ditulis melucukan dan sedikit sebak kerana kata Bose dia sampai tidak terucap ketika menerima transaksi `bayaran` itu.
Beginilah lebih kurang perbualan mereka.
"Pelanggan: "Atty, saya tidak ada wang untuk bayar guaman untuk pembentangan kali ini. Boleh saya bayar cara ini buat kali terakhir."
Peguam: "Oh, ok saja bagi saya,"
Pelanggan menghulurkan seberkas ikatan ketam sambil berkata," Terima kasih Atty,"
Peguam: ...... (kelu)""Sudah masa dan habis dimakan dah," kata Bose dalam FBnya.
Kisah itu kemudian mendapat lebih 31,000 perkongsian, hampir 105,000 reaksi ketika tulisan itu dibuat.
Dan peguam itu kemudian mengemas kini apa yang berlaku kepada bayaran itu dengan memberitahu, ketam itu sudah dimasak dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan padanya.
"Ketam ini membuatkan saya kenyang tetapi komen anda membuatkan saya lagi kenyang yang berlebihan. Saya berterima kasih kepada peguam yang bekerja di jabatan kerajaan dan swasta.
"Mereka bukan selalu muat naik fasal kerja dan cabaran tetapi mereka begitu tekun dan dedikasi terhadap janji untuk membantu warga Filipina." komen Bose dalam akaun Facebooknya. - KitaReporters