SEORANG pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor tidak luntur semangat walaupun terpaksa menghadapi masalah ketiadaan alat implan bagi menstabilkan diri sewaktu berjalan berikutan kecederan serius pada kaki kanannya dalam kemalangan jalan raya dialami tiga tahun lalu. : KitaReporters
Nurul Asmah Rozali mengalami masalah untuk berjalan dengan baik kerana kecederaan serius pada bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya pada 2017. - Kredit foto: Lembaga Zakat Selangor.
Lagi kisah-kisah berkaitan Lembaga Zakat Selangor:
https://kitareporters.com/search?search=zakat+selangor
Nurul Asmah Rozali, 24, dari Kampung Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor memerlukan bantuan perubatan berbentuk implan Ilizarov Bone Management System bagi membolehkan dia stabil dan selesa ketika berjalan.
Pelajar tahun kedua Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah di UIAM itu kini menyambung pengajiannya kembali setelah tertangguh hampir tiga tahun akibat kemalangan tersebut dan merupakan pelajar tajaan Yayasan Selangor.
Dalam keadaan terbatas, Nurul Asmah, yang agak sukar untuk berjalan disebabkan kaki kanannya cedera serius, tetap cekal dan tabah meneruskan pengajian demi masa depan dirinya dan keluarga.
Beliau bersama seorang lagi adiknya yang masih belajar dibiayai ayahnya yang bekerja sebagai nelayan dan merupakan salah satu keluarga asnaf dan miskin yang berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Daerah Kuala Selangor. Manakala ibunya baharu meninggal dunia pada Ogos 2020 akibat kanser payu dara.
Memahami masalah dihadapi Nurul Asmah, pihak LZS Cawangan Kuala Selangor telah melakukan ziarah kasih dan menyantuni beliau bersama keluarga di rumahnya di Kampung Sungai Sembilang.
Dalam kunjungan tersebut, pihak LZS menyumbang bantuan sejumlah hampir RM11,000 bagi tujuan pembedahan implan berkenaan melalui dana para pembayar zakat di negeri ini.
Diharapkan bantuan tersebut dapat membantu memberi kemudahan Nurul Asmah dalam aktiviti hariannya untuk meneruskan pengajian di universiti dan mampu membantu keluarga pada masa hadapan serta turut menjadi pembayar zakat tegar.
Bersama bapanya, keadaan kaki kanan Nurul Asmah belum pulih sepenuhnya, sekali gus mengalami kesukaran untuk berjalan dengan seimbang serta selesa.
Sementara itu, di Daerah Sabak Bernam,
seorang jurujual online sanggup berkorban jiwa raga, sekali pun terpaksa
menghadapi masalah kewangan semata-mata untuk menjaga ayahnya yang menghidap strok sejak Ogos 2020.
Bagi
Nurul Aishah, sebagai seorang anak, beliau dengan penuh rasa tanggungjawab menjaga bapanya yang kini terlantar di atas katil, walaupun dia hanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.
Bekerja dengan pendapatan bulanan yang sentiasa menurun kerana terlalu banyak mengambil cuti bagi menguruskan bapanya dalam soal makan minum, pakaian dan lain-lain, menjadikan keadaan dirinya rasa tertekan.
Malahan dia juga menyewa rumah kampung bagi kemudahan urusan penjagaan bapanya dalam keadaan yang lebih mudah dan suasana terjamin serta selamat.
Nurul Aishah merenung wajah bapanya yang terlantar di katil kerana mengalamai strok sejak Ogos 2020.
Nurul juga menghadapi kesulitan mengurus kewangan keluarga dalam keadaan kemerosotan ekonomi sekarang. Malahan dia memerlukan bantuan bagi penjagaan lebih baik untuk bapanya serta membantu kewangan keluarga.Sejak mengalami stroke pada Ogos 2020, bapa Nurul memerlukan ubat-ubatan, selain barangan keperluan seperti kain lampin orang dewasa, susu gantian khusus bagi pesakit strok dan lain-lain.
Hasil maklumat yang diperolehi, LZS Daerah Sabak Bernam melalui pegawainya telah melakukan kunjung ziarah di samping melihat sendiri dan menyantuni anak muda ini dan melihat sendiri keadaan bapanya.
Pada kunjungan itu, LZS meyalurkan bantuan segera bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Nurul dan keluarga melalui tabung dana para penyumbang zakat.
Aminuddin Sahid dari Lembaga Zakat Selangor Cawangan Sabak Bernam membacakan laporan yang beliau catat mengenai keluarga Nurul Aishah (tengah) dan bapanya untuk tindakan lanjut pihak LZS.
Kepada umat Islam terutama di Selangor yang ingin membantu, hulurlah sumbangan tersebut melalui pembayaran zakat di LZS dan cawangan-cawangan berhampiran atau lebih mudah lagi pantas di https://fpx.zakatselangor.com.my.
Terima kasih para pembayar zakat kerana melalui sumbangan anda, LZS mampu membantu golongan memerlukan termasuk mereka yang ditimpa musibah, kemalangan, mengalami pelbagai penyakit kronik, golongan miskin dan tidak berkemampuan. - KitaReporters
Aminuddin Sahid bertanya sesuatu kepada bapa Nurul Aishah yang terlantar kerana serangan stroke sejak Ogos lalu.