TIDAK hairanlah kalau aplikasi TikTok diharamkan di beberapa buah negara kerana ia sering menimbulkan atau menjadi punca sesuatu masalah termasuk rumah tangga! Kejadian yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia ini boleh dijadikan pengajaran agar berpada-padalah bermain aplikasi yang kurang bermanfaat itu. : KitaReporters
Elda hadir ke balai polis membuat laporan dia disimbah minyak panas oleh suaminya. - Kredit foto: Detik.com
Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Seorang suami tekad menyiram isterinya dengan minyak panas kerana terlalu marah apabila isterinya itu sering bermain TikTok.
Pada Khamis, 5 November 2020, wanita bernama Elda Yurianti hadir ke Balai Polis Padang dengan melecur di muka dan pergelangan tangan.
Menurut berita portal detik.com, Elda membuat laporan
mengenai perbuatan kejam suaminya, Didi Irwanto, kepada Unit Perkhidmatan
Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Padang.
"Kejadian kira-kira pukul setengah empat pagi. Saya sedang tidur, tidak tahu tiba-tiba disiram," kata mangsa dalam laporannya.
Elda menunjukkan tangannya yang melecur gara-gara disimbah minyak panas. - Kredit foto: Detik.com
Elda memberitahu bahawa suaminya marah kerana sering
melihatnya bermain TikTok. Elda mengakui bahawa dia sering mempermainkan TikTok
untuk menjual pakaian.
Oleh kerana dia berniaga secara dalam talian, dia
sering dihubungi pelanggan dan menyebabkan suaminya cemburu.
"Ya, kerana dia cemburu. Sedangkan TikTok itu tidak mempamerkan semua anggota tubuh, sebaliknya hanya wajah. Kadang-kadang ada orang telefon dan suami sering menuduh saya ada lelaki lain,” jelasnya.
Namun, tegas Elda walaupun dia sering bermain TikTok
tetapi masih tidak keterlaluan. Lagi pun ia membantu suami mencari nafkah
untuk keluarga sementelah suaminya tidak lagi bekerja.
Sementara itu, polis di Padang sedang giat mencari suspek yang melarikan diri untuk menyiasat kemungkinan ada motif lain selain cemburu. - KitaReporters