MAYAT seorang anggota Rela Daerah Setiu tercampak kira-kira lima meter apabila sebuah kenderaan Land Rover polis yang membawa mayat itu terbabas di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong, Setiu, Terengganu pada hari ini, Selasa 17 November 2020. Kemalangan itu berpunca daripada keadaan jalan basah akibat hujat lebat. : KitaReporters
Abang kepada Allahyarham Shyukri Ibrahim (duduk, tengah) tercampak keluar selepas kenderaan polis yang membawa jenazah Allahyarham Shyukri terbabas di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong, Setiu pada 17 November 2020. - Kredit Foto: Terengganu Info Terkini.
Lagi kisah-kisah berkaitan kemalangan:
https://kitareporters.com/search?search=kemalangan
Anggota Rela yang meninggal dunia itu ialah Shyukri Ibrahim, 51, dan turut tercampak dalam kemalangan berkenaan ialah pengiring jenazah yang juga abang arwah yang berumur 50-an.
Abang arwah yang turut berada di bahagian belakang Land Rover berkenaan bersama mayat mangsa dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi, 17 November 2020.
ABANG arwah Shyukri (terduduk) sedang diselamatkan selepas Land Rover polis yang dinaiki terbabas di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong, Setiu pada 17 November 2020. - Kredit Foto: Terengganu Info Terkini
Kenderaan polis itu dikatakan dalam perjalanan membawa mayat anggota Rela berkenaan yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi dari Sungai Tong ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan selanjutnya ke atas mayat tersebut.
Bagaimanapun dalam perjalanan hujan lebat itu, pemandu landrover itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas sehingga mayat arwah bersama abangnya tercampak tidak jauh dari tempat kejadian.
ALLAHYARHAM SHYUKRI IBRAHIM
Sebelum itu, Allahyarham Shyukri dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh ketika dia sedang menukar atap bocor di sebuah setor baja di ladang itu.
Allahyarham mempunyai tiga orang anak yang tinggal di Kampung Jelapang dan berkerja sebagai buruh di Ladang Bari, Sungai Tong.
Sebaik sahaja mangsa terjatuh dari bumbung bangunan itu, Shyukri dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Langkap tetapi arwah dikatakan meninggal dunia di klinik itu akibat dipercayai mengalami kecederaan parah di kepalanya.
Seorang rakan arwah, Othman Embong, 64, berkata, sebelum kejadian itu berlaku mangsa bermain WhatsApp dalam Group Rela Sungai Tong selama hampir sejam dengan rakan-rakannya.
OTHMAN EMBONG
``Melalui WhatsAppnya, arwah nampak ceria bergurau dengan kawan-kawan dari pukul 8 lebih pagi tadi sehingga pukul 9.20 pagi dan saya tidak nampak petanda bahawa beliau akan pergi untuk selama-lamanya.
`` Sambil berbual Shyukri mengajak beberapa rakannya keluar minum air di sebuah kedai di Sungai Tong malam ini dan dia kata dia nak belanja kawannya, ‘’ katanya ketika dihubungi petang ini, Selasa 17 November 2020.
Selepas
pukul 9.20 pagi, arwah tidak mucul lagi dalam group berkenaan dan kemungkinan
arwah sedang melakukan kerja-kerjanya di ladang itu.
Bagaimanapun, kata Othman, beliau tidak menyangka pukul 11.35 pagi tadi beliau menerima panggilan dari beberapa rakannya yang lain mengatakan mangsa sudah meninggal dunia selepas terjatuh dari bumbung setor baja di ladang itu.
``Saya seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu serta kematiannya kerana pagi tadi arwah begitu seronok bermain WhatsApp dalam group dan arwah adalah seorang kawan yang rapat dengan saya,’’ ujarnya.
Sehingga pukul 7 petang ini, mayat arwah masih berada lagi di Hospital Setiu dan jenazah arwah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Jelapang pada malam nanti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pemandu Land Rover yang terbabit dengan kemalangan itu mengalami cedera di bahu kiri.
Beliau berkata, abang arwah seorang bilal di Masjid Kampung Jelapang telah patah lengan kanan. - KitaReporters