Insan & Komuniti 24 Apr, 2021

Ratu Elizabeth rai usia 95 dalam suasana berkabung, berkurung! Tanpa teman setia Putera Philip

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Selamat ulang tahun ke-95 tahun. - Kredit gambar: FB The Queen Elizabeth Page


Tahun 2021 ini sekali lagi tiada kedengaran bunyikan tembakan meriam yang menandakan bermulanya sambutan gilang gemilang ulang tahun keputerian Ratu Elizabeth II ke-95 yang selalu berlangsung dari Taman Hyde Park atau Menara London. 

Suasana sepi itu bukan saja sebab wabak Covid-19 tetapi empat hari selepas persemadian suaminya, Putera Philip Duke of Edinburgh itu, ratu masih berkabung sehingga membuatkan baginda memilih untuk berkurung di istana.

Petikan The Washington Post menyebut pada tahun ini juga, Istana Buckingham tidak mengedarkan gambar rasmi terbaru baginda yang kerap dikongsi bersama-sama rakyat jelatanya setiap tahun. Malah acara sambutan yang sepatutnya gilang gemilang yang memenuhi kota raya London juga dibatalkan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ratu Elizabeth II


Gambar-gambar mendiang Prince Philip. - Kredit foto: Town & Country Magazine


Mendiang Putera Philip selamat disemadikan pada 17 April 2021 lalu dan baginda ratu akan menghabiskan hari-hari tuanya bersendirian di Istana Windsor sambil dikelilingi sebilangan kecil pekerja kerana sekatan ketat pandemic Covid-19 yang belum pulih di London.

Tahun 2020, baginda dan Putera Philip bergambar secara rasmi sempena kelahiran suaminya yang ke-99 tahun. Philip dijangka menyambut hari jadinya pada usia ke 100 tahun Jun 2021 ini.


Pasangan ni bahagia dalam satu perkongsian rumah tangga dan tugasan sebagai Ratu dan Pengiring setia. - Kredit gambar: FB The Queen Elizabeth


Namun begitu, ratu ada mengutuskan penghargaan kepada semua ucapan bersemangat yang mencurah dari seluruh dunia dan negara Komanwel memberi sokongan untuk melalui saat sedih itu.

Sambil baginda memberitahu ketika keluarga diraja masih dalam kesedihan berkabung, ucapan begitu memberi satu ketenangan buatnya.

“Kami sangat tersentuh dengan kata-kata semangat dan ini mengingatkan bahawa Philip telah memberi satu kesan yang luar biasa kepada penduduk dunia sepanjang hayatnya,” kata baginda yang menyifatkan suami yang mendampinginya selama 73 tahun itu, sebagai sumber kekuatan, seorang yang setia serta sentiasa berdiri teguh di belakangnya.

Ratu Elizabeth menulis dalam satu kenyataan yang ditandatangai dengan nama “Elizabeth R” (R lambang untuk Regina, Ratu dalam Bahasa Latin). 


I have, on the occasion of my 95th birthday today, received many messages of good wishes, which I very much appreciate.While as a family we are in a period of great sadness, it has been a comfort to us all to see and to hear the tributes paid to my husband, from those within the United Kingdom, the Commonwealth and around the world.My family and I would like to thank you all for the support and kindness shown to us in recent days. We have been deeply touched, and continue to be reminded that Philip had such an extraordinary impact on countless people throughout his life.ELIZABETH R.


Acara trooping color menjadi acara istimewa sempena hari jadi ratu. - Kredit gambar: Wikipedia


Ratu sepatutnya meraikan dua sambutan ulang tahun. Satu pada 21 April dan satu lagi pada June yang sepatutnya diraikan bersama Putera Philip sempena usianya 100 tahun. Sambutan itu dirancang menjadi acara utama tahun ini bagi mempromosikan Britain. 

Elizabeth Alexandra Mary Windsor, nama rasminya sebagai Elizabeth II, dilahirkan 21 April 1926 di Mayfair London dan memerintah United Kingdom (UK) dan jajahannya serta negara-negara di bawah panji-panji Komenwel.

Perayaan ulang tahun itu bermula 1748 ketika pemerintahan Raja George II dan perarakan tentera berkuda yang dikenali sebagai trooping color yang terakhir pada tahun lalu, sebagai penghargaan kepada baginda.


Masih sihat lagi. - Kredit gambar: FB The Queen Elizabeth 


Sementara itu, berlegar-legar khabar angin bahawa Ratu Elizabeth dijangka turun takhta dan akan menyerahkan pemerintahannya kepada anak sulungnya, Putera Charles apabila usia mencapai 95 tahun.  

Timbul pula desas-desus, ratu itu sebenarnya `memihak` dan mempunyai pilihan lain termasuk cucunya Putera William yang dikatakan lebih `layak` mengambil alih takhta itu kerana pemangku sekarang tidak berapa digemari sebab dikatakan terbabit dalam `politik` seperti membangkitkan isu alam sekitar sehingga cubaan mengkritik acara tahunan pemburuan haiwan.

Adakah sejarah yang pernah menimpa bapa saudaranya, King Edward terpaksa turun takhta untuk berkahwin janda dari Amerika Syarikat, Wallis Simpson. Cuma kali ini, Charles agak bernasib lagi sebab Parlimen memutuskan perkahwinannya sebagai sah. 

Kes menukar undang-undang mengenai perceraian ini pernah berlaku di zaman Raja Henry VIII yang menggubal semula undang-undang England untuk membatalkan perkahwinannya bagi membolehkan dia berkahwin enam kali semata-mata untuk mendapatkan zuriat lelaki.

Malah dilaporkan dalam sejarah keluarga diraja sebelum itu menonjolkan sikap kerabat itu yang dikatakan boleh bercinta dengan isteri orang sebagaimana beberapa rencana dalam YouTube sebelum ini. 

Malah putera mahkota itu juga dikatakan mempunyai `skandal` dengan  isteri orang, sebelum disambar oleh gundiknya, Camilla yang kini menjadi Duchess of Cornwall.


Putera William (kanan), Ratu Elizabeth dan Putera Charles. - Kredit foto: Daily Express


Ratu dikatakan memperlihatkan cita rasanya untuk memilih bakal penggantinya dengan mempelawa cucunya bersama minum teh pada hujung minggu sebagai satu tradisi yang pernah dilakukan oleh raja-raja sebelum ini. 

Sesi itu untuk membimbing kerabat dalam hal ehwal sejarah dunia sebagai persediaan menduduki takhta. 

Ratu Elizabeth sendiri pernah melalui sesi mengeteh tersebut dengan ayahandanya pada kala adindanya, Puteri Margaret diberi kebebasan untuk melalui saat remajanya.



Sementara itu, Putera Harry yang turut diundang untuk memberi penghormatan terakhir pada datuknya itu dilaporkan tidak menunggu untuk sambutan dan terus berangkat pulang ke California untuk menemani isterinya, Meghan Markle yang dikatakan sedang hamil, enam bulan.

Bagaimanapun, selepas pengkebumian diraja secara tradisional keluarga, Harry sempat beramah mesra dengan abangnya, Putera William dan bertemu mata dengan ayahanda, Putera Charles. 

Ramai yang menganggap Putera Harry akan dipinggirkan oleh keluarga diraja akibat beberapa isu dibangkitkan dalam wawancara dengan Oprah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, keberangkalian Harry pulang awal kerana dia terpaksa dikuarantinkan dan sebaiknya dia memilih untuk menjalani sesi itu di rumahnya, di California kerana dekat dengan Meghan dan Archie. - KitaReporters


Dari kiri: Putera Harry, Ratu Elizabeth II, Putera Charles dan Putera William. - Kredit foto: Us Weekly

0
1
0
0
0
You will be interested